- Iklan -

Umum mengetahui bahawa Facebook merupakan aplikasi media sosial yang popular dalam kalangan masyarakat khususnya. Pelbagai gambar dan video boleh dimuat turun bagi tatapan dan sebagai platform simpanan dalam mengabadikan kenangan.

Namun kebimbangan pengguna berlaku apabila mereka ingin menutup akaun Facebook milik mereka. Adakah segala gambar, video dan sebagainya yang dimuat naik akan turut dipadam atau kita boleh memuat turun kesemuanya kembali.

Jangan bimbang, kerana anda boleh memuat turun semua data yang telah dimuat naik di akaun Facebook. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh lakukan bagi mendapatkan kembali data tersebut.

1) Log Masuk kemudian tekan pada menu tetapan. Anda akan dapat melihat pilihan di sebelah kanan anda iaitu ‘Maklumat Facebook Anda’.

 

2) Tekan pilihan ‘Maklumat Facebook Anda’ dan kemudian pilih ‘Muat turun Maklumat Anda’.

 

3) Anda akan dibawa ke page ‘Muat Turun Maklumat Anda’, tekan ‘Fail Baharu’ dan anda akan dapat lihat beberapa kotak pilihan seperti ‘Julat Tarikh’, ‘Format’ dan ‘Kualiti Media’. Pilihan-pilihan ini bertujuan untuk memudahkan anda memilih data yang ingin dimuat turun.

 

4) Tetapkan dari tarikh bila data yang ingin dimuat turun, format yang diperlukan dan kualiti media yang ingin dimuat naik kemudian klik cipta fail.

5) Anda mungkin perlu menunggu beberapa minit bagi sistem untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

6) Setelah langkah tersebut dilaksanakan, akan muncul ‘Fail Tersedia’ di sebelah butang ‘Fail Baharu’. Butang Download tidak akan muncul buat seketika kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk mengumpulkan kesemua data yang diinginkan.

7) Notifikasi bahawa fail sudah tersedia akan muncul setelah Facebook berjaya mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Anda sudah boleh memuat turun fail tersebut yang dihantar dalam format ZIP.

 

8) Anda dinasihatkan untuk menyimpan data yang dimuat naik di dalam external hardisk, Google Drive atau DropBox.

Jadi jangan bimbang kerana anda kini boleh memuat turun segala data yang anda simpan di dalam akaun Facebook anda.

 

Baca juga:

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here