Bosan Dengan Ringtone Standard? Video Ringtone HUAWEI Nova 4 Bakal Ubah Mood Anda!

563
**********

Anda keliru dan bosan apabila setiap kali mendengar ringtone panggilan masuk yang sama. Well, kini anda tak perlu bosan lagi. Sebabnya, fungsi video ringtone pada HUAWEI Nova 4 pasti bakal mengubah mood anda!

[ BACA : Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 4 Penerus Legasi Kegemilangan Siri Nova ]

Haa…fungsi ni memang bukan beshe-beshe okay! Sebabnya, bila panggilan masuk, pasti akan keluar video. Penyanyi cantik, Wany Hasrita pun suka! Tidak percaya? Tengok video di bawah ini :

Bukan beshe-beshe kan?! Selain itu, anda juga boleh tetapkan video ringtone kesukaan untuk senarai kenalan kegemaran! Eh, tapi bagaimana? Caranya mudah sahaja…Semudah ABC!

  • Langkah 1 : Rakam video dengan kreatif
  • Langkah 2 : Pergi ke tetapan, kemudian klik “Sound”
  • Langkah 3 : Klik “SIM 1 Ringtone” (Boleh tetapkan untuk 2 sim – jika menggunakan sim berbeza)
  • Langkah 4 : Klik “video ringtones” dan pilih video yang dirakam. DONE!!

[BACA : #4 Rahsia Gambar Makanan Jadi Menarik Sampai Meleleh Air Liur – Lagi Best Guna HUAWEI Nova 4! ]

Nahhh…kini anda sudah selesai semua step. Jadi, setiap kali telefon berdering, video tersebut pasti akan muncul! Kami saja nak share step ni. Bukan apa, nanti kalau dah beli, senang nak set kan?

Apa? Berminat? Terasa nak beli?… Bagi yang berminat, HUAWEI Nova 4 ditawarkan pada harga RM 1,899 dan ketersediaan bermula 14 Februari 2019. Jadi, tunggu apa lagi? Ada masa lagi ni nak kumpul duit!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here