Bajet RM300?! Redmi Go Bakal Tiba Pasaran Malaysia?!

798
**********

Peranti Android Oreo Go pertama dari Redmi, iaitu Redmi Go kini telah rasmi diumumkan di pasaran Eropah dengan tanda harga jualan €80, kira-kira RM376.

Redmi Go merupakan peranti kelas asas yang hadir dengan cip pemproses Snapdragon 425, dibawah sokongan 1GB RAM dan 8GB storan dalaman. Ruangan yang terhad boleh dipertingkatkan lagi dengan sokongan kad microSD sebesar 16GB.

Paparan skrin tidak menggunakan rekaan takuk, sebaliknya kekal seperti peranti dahulu dengan saiz 5.0 inci beresolusi 720 piksel. Kamera pula hanya 8MP (f/2.2) untuk kamera utama, manakala 5MP (f/2.2) untuk kamera hadapan.

Redmi Note 7 Rasmi – Kamera Utama 48MP, Snapdragon 660, Skrin Takuk Kecil

 

Peranti berkapasiti 3,000mAh ini dikhabarkan bakal menjelang ke pasaran Malaysia, kerana model nombor M1903C3GG yang dipercayai adalah Redmi Go telah melepasi SIRIM Malaysia baru-baru ini.

Jadi, adakah ia dijual di bawah harga RM300?
Kita nantikan berita selanjutnya dari Redmi Malaysia.

___________________________

Artikel Popular:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here