ASUS ZenFone Max (M2) Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

557
**********

Bulan lalu, ASUS Malaysia telah membawa masuk ASUS ZenFone Max Pro (M2) ke pasaran tempatan pada tanda harga mampu milik iaitu RM859. Kehadirannya berjaya menarik perhatian dan diterima baik oleh orang ramai.

Namun, kejutan tidak terhenti di situ apabila ASUS sekali lagi membawa khabar gembira dengan mengumumkan bakal membawa masuk sebuah lagi telefon pintar terbaharu mereka iaitu – ASUS ZenFone Max (M2) ke pasaran tempatan tidak lama lagi!

ASUS Zenfone Max M2 membawakan paparan berukuran 6.3 inci HD+. Melengkapinya, cip pemproses Snapdragon 632 dan dibantu oleh memori sehingga 4GB RAM bersama storan dalaman sehingga 64GB ROM. Dwi-kamera utama adalah 13MP + 2MP dan kamera hadapan pula 8MP. Selain itu, ia juga dilengkapi bateri 4000mAh (melalui mikro-USB).

Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai harga rasmi untuk pasaran tempatan tetapi ASUS dijangka berkongsi mengenainya pada 11 Januari depan. Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk ketahui lebih info terkini. Adios!

_______________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here