ASUS ZenBook 13/14/15 Kini Rasmi – Boleh Dibeli Pada Harga Bermula Dari RM4,399

504
**********

ASUS baru sahaja melancar 3 peranti terbaharu iaitu ZenBook 13, ZenBook 14 dan ZenBook 15. Ketiga-tiga komputer riba ini masing-masing dijual pada harga RM4,499, RM4,399 dan RM6,099 mulai hari ini.

ZenBook 13 merupakan komputer paling nipis di dunia pada ketika ini yang mana ia hanya bersaiz sebesar kertas A4. Sunggupun kecil dan nipis, namun spesifikasinya sangat mengagumkan.

Bagi dua model iaitu ASUS ZenBook 13 dan 14, ia dijana dengan CPU Intel Core i5-8265U, storan SSD PCIe sebesar 512GB dan kad grafik NVIDIA GeForce MX150. Anda juga boleh memilih ASUS ZenBook 13 dan 15 kerana ia disertakan dengan CPU Intel Core i7-8565U jika inginkan versi yang lebih berkuasa.

Namun terdapat perbezaan utama bagi ASUS Zenbook 15 iaitu ia disertakan dengan memori DDR4 sebanyak 16GB, dan ia dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Max-Q.

Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan paparan NanoEdge dan rekaan ergoLift yang mana jika dibuka ia akan mengangkat bahagian papan kekunci bagi memberikan pengalaman menaip yang lebih baik.

Bagi ASUS Zenbook 13 dan 14 ia disertakan dengan numberpad, manakala ASUS ZenBook 15 tidak disertakan.

_____________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here