ASUS Perkenal ROG Strix SCAR II Dan ROG Strix Hero II, Disertakan Dengan NVIDIA GeForce RTX – Harga Bermula RM6499

548
**********

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia hari ini memperkenalkan komputer riba gaming RTX terbaharu mereka iaitu ROG Strix SCAR II dan ROG Strix Hero II.

Strix SCAR II didatangkan dengan NVIDIA GeForce RTX 2070 GDDR6 8GB juga disertakan dengan paparan sama ada bersaiz 15.6 atau 17.3 inci dengan refresh rate 144Hz. Bagi RTX 2060 GDDR6 6GB, ia hanya didatangkan dengan saiz paparan 17.3 inci sahaja.

Bagi ROG Strix Hero II pula, ia dilengkapi dengan dengan NVIDIA RTX 2060 GDDR6 6GB dan disertakan dengan saiz paparan 15.6 inci dengan refresh rate 144 Hz.

Dari aspek memori pula, ketiga-tiga model Strix SCAR II didatangkan dengan DDR4 2666 16GB RAM manakala Strix Hero II pula didatangkan dengan DDR4 2666 8GB RAM.

Berikut merupakan harga bagi kempat-empat model ini:
  • ROG Strix Hero II (GL504G-VES044T), 15.6 inci, NVIDIA GeForce RTX 2060 : RM6499
  • ROG Strix SCAR II (GL704G-VEV028T), 17.3 inci, NVIDIA GeForce RTX 2060: RM6999
  • ROG Strix SCAR II (GL504G-WES053T), 15.6 inci, NVIDIA GeForce RTX 2070: RM8999
  • ROG Strix SCAR II (GL704G-WEV046T), 17.3 inci, NVIDIA GeForce RTX 2070: RM9299

Peranti ini akan tersedia pada 29 Januari ini dan tempahan pertama bermula jam 10 malam pada hari tersebut.

___________________________________

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here