Apple Dilapor Akan Perkenal 3 Model Telefon Pintar Tahun Ini?

247
**********

Pelan strategik Apple dengan memperkenalkan 3 model telefon pintar pada tahun lepas tampak seperti akan diteruskan pada tahun ini.

Menurut Laporan daripada Wall Street Journal, Apple dikatakan akan mengeluarkan 3 model telefon pintar yang mana salah satunya akan menggunakan skrin LCD seperti yang telah diguna pakai pada iPhone XR.

Dilaporkan, Apple akan menyertakan ciri kamera terbaharu di dalam model terbaharu, ini termasuklah 3 kamera belakang pada versi paling premium manakala 2 lagi model menggunakan dwi kamera belakang.

Namun ini semua terlalu awal kerana ia masih pada peringkat awal dan mungkin terdapat perubahan pada masa akan datang. Apple juga masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Jadi sama-sama kita tunggu.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here