7 Sebab Kukuh Anda Tidak Akan Menyesal Beli HONOR View20 – Part Last Paling Best!

900
**********

Haluuu! Haluuu! Anda semua mesti dah tahu pasal HONOR View20 kan? Alaaa, telefon daripada HONOR yang SUPER DUPER HEBAT tu lah! Okay, untuk posting kali ini kami nak kongsikan 7 sebab kukuh yang akan buat anda TAK AKAN MENYESAL kalau beli telefon ini. Let’s check it out!

 

📲 1 : Paparan Luar Biasa Pesona Pandangan Mata

Memang luar biasa – telefon ini tampil dengan rekaan skrin hampir penuh bersama binaan lubang kecil untuk kamera hadapan sekaligus memperlihatkan era baru dalam reka bentuk paparan. Lubang kecil dengan bukaan diameter 4.5mm tersemat pada sudut kiri atas menjadikan paparan telefon pintar ini lebih besar.

 

📲 2 : Rekaan Tersendiri Serlahkan Kemewahan Peranti

Bergayalah penuh keyakinan dengan HONOR View20! Sesungguhnya telefon ini terlihat sangat anggun dan  penuh dengan cita rasa unik yang sangat trendy. Kemasan belakang berkilat bersama banyangan tekstur berbentuk V yang jelas menjadikan telefon ini terlihat menawan dalam cita rasa tersendiri.

HONOR View20

 

📲 3 : Prestasi Lebih Hebat Daripada Biasa 

Enjin telefon ini didayakan oleh cip Kirin 980 dilengkapi Dual NPU – menjanjikan prestasi lebih hebat berbanding Kirin 970 dari segi CPU mahupun GPU. Tak cukup? HONOR tambah lagi pelbagai teknologi hebat seperti GPU Turbo 2.0 dan The Nine Liquid Cooling System bagi kepuasan berganda. Nikmat apa lagi yang anda nak pertikaikan?

[ Reviu Eksklusif : HONOR View20 – Peranti Raksasa Pengubah Dunia Telefon Pintar ]

 

📲 4 : Ruang Simpanan Pada Tahap Maksima

Dengan telefon ni, masalah ruangan storan tidak cukup kini tiada lagi! Dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM dan ruang storan sehingga 256GB akan memberi anda kepuasan yang tidak dapat ditandingi. Bateri pun tak nak kalah, 4000 mAh siap pakej SuperCharge 22.5W okay!

Cip Pemproses Kirin

 

📲 5 : Kamera Utama Dengan Resolusi Tertinggi

Bila zoom in, gambar menjadi kabur dan bersegi-segi? Korang takkan temui masalah ini lagi dengan HONOR View20! Kehebatan lensa 48MP ( f/1.8 , SONY IMX 586) + Tof 3D pada telefon ini akan memuaskan anda. Setiap garis pada foto terlihat sangat teliti!

[ Jelajah eRing ] : Keindahan Kota Paris Di Bawah Lensa HONOR View20

Nak kurus? Nak tinggi? Tak ada hal beb sebab telefon ni ada ciri menarik, 3D Body Shaping – gemuk jadi kurus, pendek jadi tinggi. Kamera depan 25MP pun awesome. Tak make up pun, boleh cun melecun macam ratu cantik!

[ Kongsi Tips ] : 5 Gaya OOTD Persis Supermodel – Nak Gambar Lagi POWER? Guna HONOR View20 La!

 

📲 6 : Teknologi Baru Pengubah Panorama Dunia Telefon Pintar

Haaa, ini satu benda yang yang mungkin tidak dapat lihat pada peranti lain. Apa dia tu? Ciri baru yang dikenali Link Turbo –  membolehkan kelajuan muat turun yang lebih pantas dengan memanfaatkan kedua-dua Wi-Fi dan 4G.

Teknologi Baru – Link Turbo

 

📲  7 : Kualiti Terbaik + Harga SUPER BEST! 🤟

Inilah part yang paling ramai suka mengenai HONOR View20. Kenapa? Heyy, nikmat apa lagi yang anda nak dustakan? Kualiti telefon dengan tawaran superb , ditambah harga pada tahap SUPER BEST?! Confirm suka kan?

Dengan harga RM1,999 untuk Sapphire Blue & Midnight Black (6GB + 128GB), manakal RM2,499 untuk Phantom Blue versi Moschino (8GB + 256GB) kini bergayalah sepuasnya dengan telefon ini!

Pssst! Nak lagi best? KLIK  promosi menarik HONOR dekat bawah ni! Selamat bershopping gais! ❤️

 

_____________________________________________

3 Minit Bersama eRing Kenali HONOR View20 ↓↓↓

 

 

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here