500 Unit ASUS ZenFone Max M2 Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit Di Lazada

428
**********

Satu perkhabaran yang mengejutkan iaitu ASUS ZenFone Max M2 yang ditawarkan dengan harga promosi di LazMall pada harga RM599 telah habis dijual.

ASUS Malaysia mengumumkan bahawa sebanyak 500 unit telah terjual dalam masa 30 minit sahaja menunjukkan bahawa telefon berkenaan mendapat sambutan yang sangat menakjubkan. Telefon berkenaan boleh dibeli pada harga pasaran iaitu sebanyak RM699.

ASUS ZenFone Max M2 membawakan paparan berukuran 6.3 inci HD+. Melengkapinya, cip pemproses Snapdragon 632 dan dibantu oleh memori sehingga 4GB RAM bersama storan dalaman sehingga 64GB ROM. Dwi-kamera utama adalah 13MP + 2MP dan kamera hadapan pula 8MP. Selain itu, ia juga dilengkapi bateri 4000mAh (melalui mikro-USB).

_______________________________

Baca Juga: 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here