5 Game Terbaik PS4 Bagi Tahun 2018

797
**********

Siapa yang tidak mengenali PlayStation (PS) dari Sony. Bermula dari penghasilan PS1 pada tahun 1990 yang mana merupakan titik tolak kepada pembangunan dan kemajuan PS pada ketika ini sehingga terlahirnya PS4.

Pada ketika ini PS sangat berpengaruh dalam kalangan pemain. Maka banyaklah permainan yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi melihat pertambahan permainan khususnya pada tahun lepas, kami telah menyenaraikan 5 permainan yang bagi kami terbaik pada 2018.

God of War

Buat pengemar dan pemain pastinya permainan ini tidak asing lagi bagi mereka. Ia merupakan kesinambungan God of War III pada 2010. Dengan diterajui oleh Kratos yang merupakan seorang yang gagah dan mempunyai seorang anak lelaki. Beliau dan anaknya melakukan pengembaraan di dunia Milgard. Lebih teruja apabila mereka perlu bertarung dengan dewa mitologi Yunani.

Kelebihan:

  • Jalan cerita yang lebih kemas, pemfokusan kisah kratos yang lebih mendalam.
  • Grafik yang kemas dan menarik dengan cinematografi yang sangat baik.
  • Transisi gameplay yang lancar.

Permainan ini juga boleh didapati secara atas talian di PlayStation.Store dan dijual pada harga RM149.

 

Marvel’s Spider-Man

Penangan Spiderman bukan hanya di layar perak semata-mata, tetapi di dalam dunia permainan mudah alih ia turut menunjukkan taringnya. Jadi tidak hairanlah permainan ini berjaya dijual sehingga 3.3 juta salinan. Bagi permainan ini, para pemain diminta untuk menyelesaikan tugasan dan menentang penjenayah yang mempunyai kuasa seperti Dr. Octopus Electro, Rhino, Mister Negative dan lain-lain.

Kelebihan:

  • Grafik yang sangat kemas dan cantik
  • Penjahat ikonik dalam siri komik Spiderman muncul dan ini membuatkan peminat sangat teruja.
  • Persekitaran seperti di dalam dunia sebenar

Permainan ini juga boleh didapati secara atas talian di PlayStation.Store dan dijual pada harga RM199.

 

Detroit: Become Human

Permainan ini agak berbeza berbanding permainan-permainan yang lain. Permainan ini mempunyai jalan cerita yang sangat menarik disertakan dengan emosi yang mendalam oleh watak-watak di dalam permainan ini.

Permainan ini memperlihatkan zaman di mana robot menyerupai manusia yang ditugaskan menjadi pembantu rumah. Mereka melakukan kesemua perkara termasuk pekerjaan rumah, di tempat kerja dan pelbagai lagi. Robot-robot ini merasakan diri mereka ditindas dan menuntut pembelaan dan perubahan. Anda akan memainkan 3 watak utama di dalam permainan ini iaitu Connor, Kara dan Markus. Setiap watak yang dipilih akan menentukan jalan cerita yang berbeza.

Kelebihan:

  • Jalan cerita yang baik dan memberi impak
  • Interaktif di dalam permainan membuatkan pemain tidak bosan
  • Kepelbagaian jalan cerita
  • Grafik dan sinematografi yang baik

Permainan ini juga boleh didapati secara atas talian di PlayStation.Store dan dijual pada harga RM209.

 

Monster Hunter: World

Monster hunter pastinya merupakan permainan ini pastinya popular dalam kalangan pemain PS4. Pada tahun 2018 telah memperlihatkan 1 lagi siri terbaharu permainan ini iaitu Monster Hunter: World. Permainan ini menjanjikan aksi perlawanan dengan raksasa dan imaginasi yang terbaik.

Apa yang pasti game ini mendokong genre Open World adalah sangat menarik untuk dimainkan. Hal ini kerana anda bebas untuk pergi ke mana sahaja dan menjelajah kawasan yang luas. Pelbagai raksasa yang perlu ditempuh dan ini menjadikan permainan ini merupakan antara yang terbaik.

Kelebihan:

  • Kreativiti dalam imaginasi permainan ini
  • Genre Open World membuka persepsi anda ketika bermain permainan ini
  • Pelbagai jenis raksasa yang perlu ditempuh
  • Grafik yang kemas

Permainan ini juga boleh didapati secara atas talian di PlayStation.Store dan dijual pada harga RM186.

 

Divinity: Original Sin II Definitive Edition

Permainan ini merupakan kesinambungan dari siri terdahulu iaitu Divinity: Original Sin, pemain boleh menggunakan 1 watak atau anda juga boleh menggunakan 3 watak yang berbeza dengan pilihan yang boleh anda tetapkan sendiri.

Permainan ini berlaku di dunia fantasi yang dikenali sebagai Rivellon. Garis masa di dalam permainan ini berlaku setelah berabad dari siri Diviniti pertama. Pada ketika ini setiap makhluk yang hidup di dunia ini memiliki tenaga yang dikenali sebagai Source.

Kelebihan:

  • Grafik yang sangat kemas dan terperinci
  • Pilihan jalan cerita yang pelbagai
  • Adegan perlawanan yang sangat padat dan terperinci

Permainan ini juga boleh didapati secara atas talian di PlayStation.Store dan dijual pada harga RM199.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here