Dapatkan vivo Y95 Secara Eksklusif Di Hotlink Pada Harga RM399

157
**********

Bermula dari 10 Januari, anda boleh membeli vivo Y95 secara eksklusif di Hotlink dengan harga RM399 ketika anda mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex Plus.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mendaftar di Hotlink Postpaid Flex Plus dengan bayaran RM60 sebulan dan bayaran pendahuluan sebanyak RM360 + RM399(Harga vivo Y95).

Vivo Y95 disertakan dengan paparan 6.22 inci FullView dengan nisbah skrin ke kerangka adalah 88.6%. Y95 mampu melaksanakan pelbagai aplikasi disebabkan 4GB RAM dan pemproses Qualcomm Snapdragon octa-core dengan rekaan 12nm. 64GB ROM pula memberikan kepada anda ruang yang lebih luas untuk menyimpan fail-fail.

Dari aspek bateri pula, ia disertakan dengan 4030mAh yang mampu untuk bertahan lama. Ia turut disertakan dengan smart-energy power management system.

Y95 mempunyai kamera hadapan dengan 20MP yang mampu merakam lebih banyak perincian. AI algoritma boleh mengesan umur, jantina, warna kulit, tekstur kulit dan pencahayaan persekitaran yang secara automatiknya menghasilkan gambar yang terbaik.

Selain vivo Y95, vivo Y81i juga tersedia pada harga RM1 apabila anda mendaftar di Hotlink Postpaid Flex Plus. Anda juga boleh membeli vivo Y85 dengan harga RM199 (harga runcit RM899). Jika anda merupakan warga asing, anda perlu membayar RM150 sebagai deposit.

Apa yang pasti, vivo Y81i membawakan kepada anda skrin yang lebih besar dan sudut penglihatan yang lebih baik yang mana skrinnya menyediakan 15.5% kawasan penglihatan berbanding telefon dengan nisbah 16:9. Nisbah 87.9% skrin ke kerangka boleh dilaksanakan dengan mengurangkan top bezel berbanding generasi terdahulu.

Disertakan dengan 13MP bagi kamera belakang sementara AI Face Beauty boleh mengesan jantina, umur, tona kulit dan tekstur kulit.

Bagi vivo Y85, ia mempunyai 13 MP kamera belakang dan 2 MP bagi kamera kedua yang pastinya mampu merakam gambar yang menarik. Sama seperti Y81i, AI Face Beauty boleh mengesan mengesan jantina, umur, tona kulit dan tekstur kulit.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Hotlink atau vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, dan Youtube.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here