**********

Bagi mereka yang mempunyai tabiat gemar mengambil gambar makanan, kami pasti anda semua inginkan gambar yang diambil nampak lebih menyelerakan hingga meleleh air liur kan?

Mahu gambar terbaik tapi pening kepala memikirkan cara? Usah risau! Di sini kami kongsikan beberapa rahsia untuk jadikan gambar makanan anda nampak SUPER SUPER AWESOME! Simple je gais…

 

#1 Cahaya Semula Jadi

Pemilihan cahaya yang tepat berupaya menghasilkan gambar yang sempurna. Jadi, kalau makan dekat mana-mana restoran atau kafe, pastikan anda memilih tempat duduk berdekatan tingkap bagi mendapatkan cahaya mencukupi daripada matahari sebagai sumber semula jadi.

 

#2 Ambil Dari Sudut Berbeza

Nak lebih dramatik? Jangan biasakan diri mengambil gambar daripada satu sudut. Mungkin anda juga boleh ambil gambar daripada sudut yang berbeza. Contohnya, daripada atas ataupun tepi yang menampakkan pinggan. Trik ini dapat bantu menghasilkan “scene” yang terbaik sekaligus mengubah mood dalam sesebuah gambar.

via GIPHY

 

#3 Susunan Kreatif

Bak kata orang, gambar menceritakan 1001 cerita tanpa perlu perkataan. Oleh itu, posisikan makanan mengikutkan kreativiti dan kesesuaian pada gambar agar kelihatan menarik. Tidak semestinya subjek perlu berada ditengah. Gunakan props bersesuaian, namun elakkan susunan barang terlalu rapat agar subjek makanan lebih menyerlah.

via GIPHY

 

#4 Cantum Gambar 

Bosan kongsi satu gambar? Cantumkan sahaja! Cantumkan beberapa gambar yang berkaitan dengan gambar utama. Contohnya, minuman ke, dessert ke dan macam-macam lagi lah! Bukan orang lain je terliur, kami yang tengok pun sama! Hehehe…

Gambar Sekadar Hiasan

 

Tapi yang paling penting…

Lagi cantik kalau korang guna kamera daripada HUAWEI Nova 4. Anda sendiri akan terpesona dengan gambar yang terhasil. Tambahan pula, telefon ini mempunyai keupayaan kamera yang terbaik serta sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

HUAWEI Nova 4 : Crush Blue & Black

Menawarkan paparan skrin 6.41 inci FHD+, Nova 4 dilengkapi sistem tri-kamera merangkumi sensor utama 20 MP + 16MP (Ultra-wide) + 2MP. Penangkapan kamera utama juga lebih luas melalui lensa Ultra wide-angle sehingga 117 darjah.

Ia turut disertakan beberapa ciri lain seperti AI Face Beauty, Good Food dan sebagainya. Tetapan ‘Good Food’ inilah yang membolehkan anda merakam gambar makanan pada kualiti lebih cantik. Sambil-sambil tu, Nova 4 juga boleh bantu diet dengan mengira kiraan kalori makanan melalui ciri “AI Calorie Counter”. So, risau apa lagi?

Mode : Good Food

Apa yang membuatkan ramai lagi teruja adalah Nova 4 dilengkapi rekaan skrin berlubang menggantikan takuk. Melaluinya, skrin hadapan akan menjadi lebih besar dan anda tidak lagi ‘dihantui’ dengan bar hitam pada atas peranti.

Penggemar selfie juga pasti suka dengan Nova 4 kerana ia mempunyai kamera depan terperinci membekalkan lensa bersaiz 25MP.  Bukan calang-calang, ia dilengkapi teknologi AI bagi menghasilkan foto selfie dan melakukan video call dengan lebih cantik!

Bosan dengan nada dering yang begitu ketinggalan zaman, gunakanlah video kreatif sebagai ringtone panggilan masuk. Macam mana? Nova 4 lah jawapan dia! Fungsi video ringtone pada Nova 4 pasti mengubah mood anda.

[BACA : Bosan Dengan Ringtone Standard? Video Ringtone HUAWEI Nova 4 Bakal Ubah Mood Anda! ]

Tidak dinafikan, dalaman Nova 4 juga cukup berkuasa melalui kehadiran cip Kirin 970, memori 8GB RAM, dan storan dalam 128GB.  Sudahlah kamera cantik, video pun ada EIS dan bateri pula tahan lama – 3,750 mAh (pengecasan 18W). Keseluruhannya, memang seimbang!

[ BACA : Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 4 Penerus Legasi Kegemilangan Siri Nova ]

Amboi, amboi…Berkenan la tu? Bagi yang berminat, HUAWEI Nova 4 ditawarkan pada harga RM 1,899 dan ketersediaan bermula 14 Februari 2019. Jadi, tunggu apa lagi? Menabung dari sekarang!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here