Xiaomi Mi Play Dilancarkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Cip MediaTek Helio P35

626
**********

Seperti yang dijanjikan, Xiaomi baru saja melancarkan telefon pintar baharu keluaran mereka iaitu Xiaomi Mi Play.

Xiaomi Mi Play hadir membawakan rekaan skrin takuk kecil sebesar titisan air berukuran 5.84 inci dengan resolusi FHD+. Ia dijana oleh MediaTek Helio P35 selain dibantu oleh memori sebesar 4GB RAM bersama storan dalaman 64GB (boleh dikembangkan).

Ia juga hadir dengan sokongan dwi-kamera utama dengan gabungan lensa 12MP + 2MP di samping 8MP kamera hadapan. Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 3,000 mAh selain pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang.

Tersedia dalam beberapa warna menarik seperti Black, Dream Blue dan Twilight Gold, Xiaomi Mi Play kini ditawarkan di pasaran China pada harga bermula RMB1,099 (kira-kira RM666).

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here