Xiaomi “Mengusik” Lagi – Dedah Reka Bentuk Xiaomi Play

618
**********

Xiaomi nampaknya mempunyai kejutan tersendiri apabila mengesahkan bakal hadir dengan satu lagi telefon pintar baharu iaitu Xiaomi Play. Xiaomi Play bukan sahaja menjadi bualan dalam kalangan peminat, malah pihak media turut memperkatakan mengenainya.

Memetik maklumat tersebar, Xiaomi mengesahkan telefon pintar tersebut bakal diperkenalkan secara rasmi pada 24 Disember depan dan berkemungkinan menjadi telefon kelas pertengahan yang hadir dengan rekaan warna cerun.

Bagi merancakkan lagi kedatangan, Xiaomi sekali lagi ‘mengusik’ dengan mendedahkan peranti itu bakal dilengkapi rekaan skrin takuk kecil sebesar titisan air. Ia juga dijangka hadir dengan kamera yang disusun secara vertikal (menegak) di sudut kiri dan pengimbas cap jari berbentuk bulat pada belakang panel.

Xiaomi Play dijangka menggunakan skrin berukuran 5.84 inci TFT LCD FHD+ bersama resolusi 2280 x 1080 piksel. Dilengkapi cipset dengan kelajuan 2.3Ghz octa-core (namun masih tidak diperincikan), pilihan memori 3GB hingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB (boleh dikembangkan). Melengkapinya, bateri berkapasiti 2,900 mAh.

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here