Vivo Nex 2 Dijangka Miliki 10GB RAM, Bakal Dilancarkan Pada 11 Disember Depan

319
**********

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai kebocoran imej mengolokan vivo NEX 2 yang menunjukkan tiga ciri utamanya iaitu dilengkapi sokongan dua paparan skrin, penyediaan tri-kamera utama dan didatangkan dengan ciri ‘Lunar Ring’.

Kali ini, butiran baru mengenai telefon pintar tersebut telah muncul di dalam talian. Bahkan, vivo kini dilihat giat memperbaharui laman web dengan bahan pemasaran yang memaparkan ciri-ciri terdapat pada peranti tersebut.

Menurut sumber, telefon pintar tersebut berkemungkinan mempunyai memori sehingga 10GB RAM dan penyimpanan dalaman sebesar 128GB ROM. Selain itu, sumber turut mendedahkan vivo bakal melancarkan telefon pintar tersebut pada 11 Disember depan.

Bagaimanapun, seperti biasa maklumat yang diperoleh hanya sekadar ‘rumors’ dan belum dapat diketahui kesahihannya. Apapun, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

[SUMBER], [SUMBER 1]

______________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here