Video Terbaru Samsung – Memperlihatkan Antaramuka One UI

427
**********

Sebelum ini, Samsung pernah memperkenalkan rekaan antaramuka terbaharu mereka dikenali sebagai One UI pada persidangan Samsung Developer Conference (SDC) 2018 yang diadakan baru-baru ini.

Berikutan itu, Samsung kini telah mula menghasilkan sebuah video yang memperlihatkan rekaan antaramuka tesebut. Menurut Samsung, ia dibangunkan bagi memudahkan pengguna dengan meletakkan kandungan paling relevan di bahagian bawah agar mudah dicapai.

Selain itu, penambahbaikan pada visual termasuk ikon turut direka semula dan warna yang ditapis memberikan kejelasan lebih baik. One UI turut dilengkapi dengan fungsi mod malam untuk pengalaman yang selesa dalam persekitaran yang gelap.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here