Unifi Malaysia Menganjurkan “The Gaming City” di Comic Fiesta 2018

549
**********

Unifi Malaysia telah membuat kemunculan sulung dalam acara e-sport dengan menganjurkan pertandingan “The Gaming City” pada acara Comic Fiesta 2018 pada 24 Disember lalu.

Pertandingan “The Gaming City” menampilkan permainan yang merentasi pelbagai platform mudah alih, PC dan konsol dengan aktiviti daripada sejumlah jenama global bersekutu.

Dengan penawaran hadiah utama sebanyak RM22,000, 6 pertandingan yang kompetitif telah diadakan termasuklah PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile), Counter Strike: Global Offensive (CS:GO), Tekken 7, Street Fighter V, Call of Duty (COD) dan Contra: Return.

Dalam acara yang berlangsung selama dua hari ini, ia telah membawakan lebih daripada 55,000 pelawat dan 750 bakat pemain yang menyertai pertandingan “The Gaming City”. Berikut adalah senarai penuh pemenang :

Di samping itu, pertandingan itu turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak terkemuka seperti SEA Gamer Mall, Media Prima Digital’s MyGameOn, Orange Cyber Café, Garena, Armaggeddon, Axis Esports, MSI, GameReady.gg, Prime Live, The Gaming Company, the Mobile Gaming Community dan The Media Co. and Borneo Gaming Company.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here