U Mobile, Maxis Lanjutkan Perjanjian Kerjasama RAN 3G

255
**********

U Mobile Sdn Bhd dan Maxis Bhd mengumumkan bahawa mereka telah melanjutkan perjanjian kerjasama rangkaian radio 3G (RAN) di kawasan yang terhad sehingga akhir bulan Jun 2019.

Difahamkan, lanjutan perjanjian ini adalah perlu kerana U Mobile beralih kepada rangkaian yang baru dibina sendiri sekaligus akan memastikan pengalaman yang lancar untuk pengguna.

Pada asalnya, kedua-duanya telah menandatangani perjanjian bersama pada 21 Oktober 2011 di mana Maxis akan berkongsi RAN 3Gnya untuk tempoh 10 tahun. Namun, U Mobile telah memutuskan untuk mengakhiri perjanjian tersebut pada pertengahan Jun 2017.

U Mobile berkata, pihaknya telah memulakan latihan penggantian rangkaian yang agresif di seluruh Malaysia sepanjang 18 bulan yang lalu dan berada dalam fasa terakhirnya.

Katanya lagi, mereka telah membelanjakan lebih RM5 bilion untuk membina rangkaian baru bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati pengalaman yang lebih baik.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here