Teknologi In-Display Fingerprint Vivo, Terima Anugerah Inovasi Terbaik 2018

189
**********

Teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin vivo dianugerahkan sebagai antara inovasi terbaik untuk telefon android pada tahun ini oleh portal berita teknologi antarabangsa, Android Authority.

Android Authority memuji vivo kerana menjadi penyokong terbesar dan menjadi yang pertama memperkenalkan inovasi canggih tersebut ke dunia telefon pintar.

Vivo telah melancarkan teknologi tersebut dalam tempoh setahun dan kini ianya boleh didapati di pasaran telefon pintar. Dengan inovasi pada X20 Plus UD, diikuti oleh X21 UD, NEX dan juga V11, vivo kini berjaya melangkah setapak maju kehapasan dalam usaha untuk mencapai matlamat utama.

Menerusi teknologi itu juga, vivo telah melancarkan model NEX – telefon pintar pertama di dunia yang tampil dengan kamera hadapan jenis gelongsor yang boleh dibuka keatas.

Ia hadir dengan paparan Super AMOLED bersaiz 6.57 inci bersama nisbah aspek 19:3:9. Ia juga didatangkan dengan skrin tubuh ke kerangka sebanyak 91.4% untuk pengalaman tontonan yang mengagumkan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here