2018 Tahun Kejayaan Buat Waze

142
**********

2018 boleh dianggap sebagai tahun kejayaan buat waze. Pelbagai pencapaian telah terlaksana hasil daripada kerja keras dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada pengguna.

Sorotan-sorotan termasuk program Waze Connected Citizens yang telah mencapai lebih daripada 800 rakan kongsi global, ke pengenalan bahasa ke-54 dan pelancaran pemain audio servis penuh – kesemuanya bertujuan untuk memastikan agar lebih kurang 110 juta orang pengguna aktif bulanan di seluruh dunia lebih terhubung, lebih bermaklumat dan lebih terhibur semasa memandu. Tidak hairanlah Waze telah mencapai lebih daripada 800 rakan kongsi dalam program Connected Citizens.

Program Waze Connected Citizens bertujuan untuk menawarkan penukaran data dua hala percuma yang memperkasakan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan maklum balas para pemandu dalam masa nyata untuk memperbaiki kesesakan dan membuat keputusan perancangan yang lebih baik. Kini, program ini telah berkembang ke lebih daripada 800 rakan kongsi, termasuk agensi kerajaan negeri dan negara, pertubuhan tanpa keuntungan dan responden pertama di seluruh dunia.Para pengguna jalan raya Malaysia, terutamanya yang berada di Selangor, turut menerima manfaatnya menerusi Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

Waze kini tersedia dalam lebih daripada 50 buah bahasa dan mereka komited untuk menambah lebih banyak bahasa yang akan membolehkan lebih ramai pengguna untuk menikmati pengalaman navigasi dalam bahasa ibunda mereka bagi memudahkan pengguna diseluruh dunia.

Bagi yang belum mengetahui, Waze memperkenalkan Bahasa Melayu di sini pada 2013. Suara-suara Mandarin baharu telah diperkenalkan pada tahun ini ketika Tahun Baru Cina, manakala Kantonis, dialek yang amat popular di Kuala Lumpur dan Ipoh, telah menyertai kumpulan ini pada November lalu. Dengan itu, Waze kini menawarkan 54 buah bahasa.

Selain itu, Waze telah melancarkan pemain audio untuk setiap cita rasa dan genre dengan bekerjasama bersama platform-platform audio terkemuka dunia untuk membawa muzik, podcast, buku audio, berita dan lain-lain dengan lancar.

Para pengguna Waze akan dapat mencuba pelbagai kandungan dari lapan rakan kongsi audio: Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher dan TuneIn. Rakan-rakan kongsi ini telah mengintegrasikan pengalaman audio mereka ke dalam Waze dengan menggunakan alat pembangunan terbaru yang dipanggil Waze Audio Kit.

Tidak dilupakan, Mod Motosikal Waze (Waze Motorcycle Mode) telah ditawarkan pada lewat 2017 untuk para pengguna Waze di serata dunia yang lebih gemar menggunakan kenderaan dua (ataupun tiga) roda. Sokongan bagi jenis kenderaan ini oleh Waze telah dilengkapi dengan jalan-jalan istimewa bagi memudahkan mereka untuk mencari kebebasan di jalan raya dengan lebih cepat.

Bagi menerokai lebih banyak laluan menggunakan Waze, muat turun aplikasi tersebut pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang Waze.

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here