Syafiq Kyle, Phei Yong Meriahkan Hari Pertama Jualan OPPO R17 Pro

549
Hari Pertama Jualan OPPO R17 Pro

OPPO Malaysia telah pun memulakan jualan pertama untuk telefon pintar terbaharu mereka iaitu OPPO R17 Pro yang mana menampilkan rekaan mewah serba baharu di samping ciri-ciri premium bersamanya.

Acara yang berlangsung di OPPO Flagship Store, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) itu turut diserikan lagi dengan kehadiran dua selebriti terkenal tanah air iaitu Syafiq Kyle dan Phei Yong sebagai tetamu jemputan istimewa.

Tetamu Undangan Istimewa : Syafiq Kyle & Phei Yong

Acara istimewa itu kelihatan cukup meriah dan orang ramai berpusu-pusu membanjiri kedai untuk melihat sendiri kehebatan pada R17 Pro dengan lebih dekat. Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik yang diadakan di samping pengunjung berpeluang beramah mesra bersama kedua-dua selebriti berkenaan.

Aktiviti Menarik Bersama Selebriti
Aktiviti Menarik Bersama Selebriti

Bersempena dengan acara jualan itu juga, OPPO telah mengadakan jelajah ‘OPPO R17 Pro – Seize the Night Bus Tour”. Dikatakan, 25 individu yang terawal membuat pra tempahan R17 Pro telah terpilih untuk mengikuti jelajah berkenaan.

Sepanjang jelajah tersebut, kesemua mereka diberi peluang untuk menikmati panorama indahnya malam sekitar Kuala Lumpur sambil mencuba sendiri merasai kehebatan prestasi kamera pada R17 Pro terutamanya Ultra-Night Mode.

OPPO R17 Pro – Seize the Night Bus Tour

Lebih menariknya lagi, Syafiq Kyle dan Phei Young turut sama menyertai jelajah tersebut dan antara lokasi yang kesemua mereka dibawa melawat adalah seperti Menara Kuala Lumpur dan River of Life.

Bagi yang berminat, R17 Pro kini sudah boleh didapati pada harga RM2,699 melalui kedai-kedai konsep rasmi OPPO atau gedung membeli belah atas talian seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Senheng, SenQ  dan Celcom Blue Cube.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here