Snapdragon 855 Kini Diperkenalkan – Sokong Rangkaian 5G

245
**********

Snapdragon 855 akhirnya diperkenalkan secara rasmin di Persidangan Snapdragon Summit yang berlangsung di Hawaii. Ia yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 8150 merupakan cip pemproses pertama menyokong rangkaian 5G.

Lebih menariknya lagi, Snapdragon 855 dikatakan mempunyai prestasi kecerdasan buatan (AI) sehingga tiga kali lebih berkuasa berbanding versi terdahulu. Perkara tersebut sekaligus membolehkannya memperoses gambar yang diambil dengan lebih cepat.

Di samping itu, cipset mercu ini juga menyokong sistem imbasan cap jari ultrasonik dikenali sebagai 3D Sonic Sensor yang terbina pada skrin.

Dalam persidangan sama, turut diumumkan adalah Snapdragon Elite Gaming yang bakal membawakan pengalaman gaming luar biasa. Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai jumlah teras dan kelajuan yang diperoleh. Jadi, sama-sama kita tunggu~

[SUMBER]

_________________________________________________________________

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here