Samsung Kantoi Promosikan Galaxy Note 9 Menggunakan iPhone?!

331
**********

Seperti yang semua tahu, pertelingkahan antara Samsung dan Apple telah terjadi sejak sekian lama. Kedua-dua syarikat tersebut juga saling menggunakan SocMed untuk memerli antara satu sama lain.

Bagaimanapun, baru-baru ini Samsung dilihat telah tersalah langkah apabila kantoi mempromosikan Galaxy Note 9 menggunakan iPhone. Ia terjadi apabila Samsung Mobile Nigeria memuat naik video yang menonjolkan keupayaan skrin Super AMOLED pada Galaxy Note 9.

Bukan keistimewaan Galaxy Note 9 yang menjadi bualan netizen, tetapi tulisan ‘via Twitter for iPhone’ pada kiriman tersebut. Perkara ini menjadi tular selepas YouTuber terkenal, Marques Brownlee membuat kiriman di akaun miliknya, @MKBHD. Namun begitu, ketika berita ini dibuat, kiriman tersebut telah dipadam oleh Samsung Mobile Nigeria.

Nampaknya Samsung perlu lebih berhati-hati selepas ini…

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here