**********

Honor Magic 2 merupakan satu pembaharuan pada peranti telefon pintar pada ketika ini. Sudah lama kita tidak melihat telefon pintar yang boleh slide di pasaran. Apatah lagi telefon pintar ini melakukan helah magiknya dengan menyorokkan kamera hadapan bagi memberi kepuasan pada paparan skrin sepenuhnya. Jom kita lihat apa yang menarik pada peranti ini.

 

Spesifikasi Honor Magic 2

Sistem Operasi

Android 9.0 (Pie)

Pemproses

HiSilicon Kirin 980 (7 nm), Octa-core (2×2.6 GHz Cortex-A76 & 2×1.92 GHz Cortex-A76 & 4×1.8 GHz Cortex-A55)

GPU

Mali-G76 MP10

Paparan

6.39 inci Bezel-Less FullView Display

Nisbah: 19.5:9
Skrin-ke-kerangka 84%

Memori

8GB RAM + 256GB ROM

Bateri

3500mAh, lightning-fast 40W Magic Charge (10V/4A Max)

Pengambaran

Kamera Utama
3 kamera iaitu 16MP wide, 16 MP ultra wide dan 24 MP monochrome sensor.

Kamera Hadapan
kamera 16Mpf/2.0, dan 2 kamera 2MP

Rakaman Video

4K UHD

Slot Kad

Nano Sim + Nano Sim

Sambungan

Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot,
2.0, Type-C 1.0 reversible connector, USB On-The-Go

Dimensi

57.3 x 75.1 x 8.3 mm

Berat

206 g

Warna

gradual black, gradient blue dan gradient red.

 

 

Pakej Pembelian

Bagi setiap pembelian telefon ini, akan akan memperoleh telefon Honor Magic 2, manual penggunaan, kabel USB type-C dan audio jack adapter.

 

Rekaan Luaran

Dari segi rekaan luaran, ia kelihatan sangat menarik. Apa yang menarik dengan telefon ini, ia boleh slide telefon ini ke bawah sekiranya anda ingin merakam gambar selfie. Kamera depan yang tersorok ini membenarkan paparan skrin penuh tanpa ada sebarang gangguan seperti kamera hadapan pada skrin. Pengecaman cap jari juga disertakan di bawah skrin.

Di bahagian belakang pula, rekaannya sangat kemas dengan disertakan 3 kamera. Namun apa yang sedikit mengecewakan adalah kesan cap jari di bahagian belakang amat mudah kelihatan.

Di bahagian bawah dapat dilihat port pengecasan Type C dan tiada Audio jack. Di sebelah kanan pula disertakan butang suara dan kuasa. Sepanjang memegang telefon ini, ia terasa sangat selesa dan tanpa gangguan ketika membuat atau menutup kamera hadapan ini.

Dari segi rekaan kesemuanya pada tahap yang baik, kecuali kesan jari yang mudah kelihatan pada bahagian belakang peranti. Selain itu ia tidak disertakan dengan Audio jack yang  mana menyukarkan pengguna yang ingin mendengar lagu menggunakan earphone.

 

Sistem Operasi

Ia disertakan dengan Hisilicon kirin 980. Disertakan sekali dengan RAM yang besar iaitu 8GB dan storan 128GB. Menjalankan sistem operasi android 9 pie dan antara muka magic UI 2.0 yang membawakan swiping yang mudah seperti swipe ke atas untuk ke home, swipe dan hold untuk multitasking dan swipe kiri dan kanan untuk kembali menu sebelumnya. Dari segi prestasi sepanjang menggunakan telefon ini, ia dilihat sangat lancar tanpa sebarang lag. Begitu juga ketika bermain permainan video seperti Mobile Legend dan PUBG. Tiada sebarang lag dan kekemasan grafik juga sangat baik.

 

Paparan Yang terbaik

Dari segi paparan telefon ini, ia mempamerkan prestasi yang menakjubkan. Telefon ini mempunyai paparan skrin bersaiz 6.39 inci panel AMOLED Full HD Plus. Seperti yang dikatakan tadi, ketiadaan kamera hadapan di skrin membolehkan paparan skrin berada pada tahap maksima yang mana ia mencapai 84% nisbah bingkai kepada skrin. Bagi GPU telefon ini, ia menggunakan Mali-G76 MP10. Jadi pengalaman menonton video adalah sangat baik khususnya ketika merakam dan memainkan video 4K.

 

Audio Yang Enak Untuk Dihayati

Sistem bunyi yang dihasilkan oleh telefon ini juga adalah baik. kejelasan dan kelantangan sistem audionya juga berada pada keadaan yang sangat baik. Ia memberikan pengalaman menonton video atau bermain game menjadi lebih baik.

 

Keputusan Ujian

kami telah menjalankan 2 ujian ke atas telefon ini menggunakan AnTuTu Benchmark dan Geekbench 4. Hasil daripada ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa prestasi telefon ini berada tahap yang sangat baik. Malahan telefon ini dilihat mampu untuk bersaing dengan telefon-telefon yang lain yang mana spesifikasinya adalah setanding. Berikut merupakan keputusan ujian terhadap peranti ini.

AnTuTu Benchmark

Geekbench 4

Ujian pengecasan

Kapasiti bateri bagi peranti Honor Magic 2 ini adalah 3500 mAh. Baterinya dilihat berada tahap yang sama sahaja berbanding telefon-telefon pintar yang lain. Ia turut disertakan dengan 40W Max SuperCharge.

Kami telah melakukan ujian pengecasan dan menggunakan port daripada komputer untuk mengecas. Peratusan bateri ketika kami mula mengecas adalah 19% pada jam 11.45 pagi. Setelah telefon ini dicas sepenuhnya pada 100% iaitu pada jam 2.36 ptg.

 

Sistem keselamatan

Sistem keselamatan peranti ini dilihat sangat baik. Dengan pengecaman cap jari dan wajah yang sangat pantas memudahkan pengguna menggunakan telefon ini. Cara tetapan bagi kedua-dua pengesanan ini juga agak mudah.

Cara membuat tetapan Face ID

Cara buat tetapan Finger ID

 

 

Prestasi kamera

Prestasi kamera yang dipaparkan oleh telefon ini sangat baik. Dengan disertakan
3 kamera bahagian belakang iaitu 16MP wide, 16 MP ultra wide dan 24 MP monochrome sensor.

Manakala kamera hadapan kamera 16Mp f/2.0, dan 2 kamera 2MP menghasilkan gambar yang mempersonakan. Pelbagai mode yang boleh digunakan ketika merakam gambar. Berikut merupakan antara yang boleh anda lakukan pada telefon ini.

Ia juga disertakan dengan AR Mode. Yang menariknya pilihan gambar di dalam mode ini sangat kreatif dan kelancarannya beroperasi sangat baik.

Dalam pada itu, Rakaman Video 4K dilihat agak lancar dengan warna dan kelancarannya pada prestasi yang baik.

 

Hasil Gambar




Bagi mendapatkan telefon ini, harga jualan honor Magic 2 (tidak rasmi) adalah bermula dari RM2598. Jika berminat, anda boleh membeli peranti ini  di DirectD atau Mobile2go.

 

Kelebihan

  • Prestasi 6 buah kamera terbaik yang menghasilkan kualiti gambar yang mempersonakan.
  • Sistem pegecaman cap jari di bawah skrin berjalan dengan sangat efektif.
  • Paparan penuh pada skrin memberi kepuasan tanpa gangguan di skrin seperti kamera hadapan.

Kelemahan

  • Kesan cap jari yang mudah kelihatan di bahagian belakang.
  • Tidak disertakan  Audio jack yang menyukarkan pengguna sehingga pengguna terpaksa menggunakan audio jack adapter.
  • Khuatir sistem slide pada telefon ini ketika menggunakan kamera hadapan mengakibatkan telefon mudah rosak.

 

Ulasan

Secara keseluruhannya, peranti ini berada dalam prestasi yang sangat baik. Dengan pemprosesan yang berkuasa tinggi, dalam melaksanakan gerak kerja yang lancar tanpa ada sebarang gangguan.

Kameranya pula sudah pasti menghasilkan gambar yang bermutu tinggi yang dapat memenuhi keperluan pengguna. Paparan yang menakjubkan ini boleh dikatakan sangat memuaskan. Apa yang pasti, sistem keselamatannya juga diyakini.

 

Unboxing! ↓↓↓

 

________________________________________

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here