**********

ASUS telah membuat kemunculan apabila baharu sahaja melancarkan ZenFone Max Pro (M2) ke pasaran Malaysia. Kali ini mereka membawakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang berkuasa pada harga yang mesra poket. Terdapat beberapa peningkatan yang dapat dilihat pada model ini berbanding model sebelumnya, ZenFone Max Pro (M1).

HARGA : RM859 (64GB + 4GB) & RM999  (64GB + 6GB)

Sebelum ini, Realme Pro menjadi pilihan segelintir pengguna kerana spesifikasinya yang dianggap lengkap dan harga mampu milik, apa yang kami boleh katakan ZenFone Max Pro (M2) juga menawarkan perkakasan yang hampir sama, malah jauh lebih baik berbanding model Realme termasuk daripada segi bateri dan harga.

Baca Juga: Reviu Eksklusif: ASUS ZenFone Max Pro M2, Telefon Gaming Kelas Pertengahan Pertama Sokong Corning Gorilla Glass 6

 

:: CIRI-CIRI MENARIK ZENFONE MAX PRO M2 ::

01 Sokong Corning Gorila Glass 6

Salah satu keistimewaan yang terdapat pada telefon pintar ini adalah sokongan Corning Gorilla Glass 6. Ia adalah telefon pintar pertama dalam kelasnya yang dilengkapi teknologi ini. Dibekalkan dengan paparan skrin 6.3-inci FHD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90% berbanding hanya 84% sahaja sebelum ini.

 

02 Cip Pemproses Berkuasa

UJIAN BENCHMARK ASUS ZENFONE MAX PRO (M2)

ASUS ZenFone Max Pro (M2) dijana menerusi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 660 iaitu peranti ketiga di dunia selepas vivo V11 serta Realme 2 Pro. Menurut pengeluar, cip pemproses model terbaru ini menjanjikan prestasi yang lebih baik berbanding keluaran sebelumnya. Kelebihan pada cip ini ialah keupayaannya memainkan permainan bersaiz besar tanpa masalah.

Skor Benchmark Tinggi
UJIAN BENCHMARK REALME 2 PRO

Ditemani dengan RAM 6GB, telefon pintar ini telah mendapat skor yang tinggi dalam ujian penanda aras sekaligus meningkalkan Realme 2 Pro. Cip lapan-teras 14nm juga dibina untuk memproses perisian dengan lebih efisyen. Sementara pada sistem grafik Andreno 512, ia menawarkan gambar yang cantik untuk permainan mudah alih yang lebih menyeluruh.

ASUS ZenFone Max Pro (M2) Realme 2 Pro
Antutu 6 130880 123020
Geekbench 1475 (Single)
5461 (Multi-Core)
1456 (Single)
5382 (Multi-Core)
GFXBench 20 fps (1080p Manhattan Offscreen) 18 fps (1080p Manhattan Offscreen)
Basemark 872 892

 

 

03 Penggambaran Dwi-Kamera AI

UI, Bokeh dan Tetapan

Dalam usaha membina telefon berkamera yang baik pada harga berpatutan, ASUS telah meletakkan sistem dwi-kamera utama pada ZenFone Max Pro (M2). Gabungan dwi-lensa 12MP + 5MP dengan teknologi Sony IMX486 telah menawarkan tetapan pada antaramuka kamera mudah untuk diakses.

Walaupun masih menawarkan paparan antaramuka yang sama, terdapat beberapa ikon yang terus dipaparkan pada antaramuka kamera seperti fungsi Bokeh, Beauty, HDR serta LED flash. Menariknya lagi, pada harga yang rendah kamera ini tetap menawarkan ciri Bokeh yang boleh mengaburkan latar belakang dengan baik.

Tetapan, Beauty dan Mod

Sementara itu, kamera depan pula dimuatkan dengan sensor 13 Megapiksel yang menyokong bantuan LED flash. Dalam masa sama, gambar swafoto juga boleh diambil dengan efek Bokeh bersama Face Beauty.

 

04 Bateri Besar

Salah satu ciri yang menjadi tumpuan pada telefon pintar ini ialah pada bahagian baterinya. ASUS sedar bahawa golongan muda yang gemar bermain permainan mudah tidak akan memilih peranti dengan kapasiti bateri yang kecil. Jadi, ZenFone Max Pro (M2) masih mengekalkan bateri berkapasiti 5000mAh sepertimana model sebelumnya.

 

05 Buat Kaki Gamers

Memandangkan telefon pintar ini memfokuskan kepada mereka yang gemar bermain permainan mudah alih, jadi kami telah mencuba beberapa permainan padanya. Tidak dinafikan ZenFone Max Pro (M2) mampu memainkan permainan Mobile Legends dan PUBG Mobile dengan lancar bersama grafik yang menonjol.

 

HASIL GAMBAR

MAKRO
MAKRO
BOKEH
BOKEH
OUTDOOR
OUTDOOR
OUTDOOR
MAKANAN
MAKANAN
MALAM
INDOOR
MALAM
POTRAIT ON
POTRAIT OFF

 

KOMEN

Bagi kami mengenai ASUS ZenFone Max Pro (M2) ialah ia sebuah telefon pintar yang agak menarik untuk dibeli. Ciri dan perkakasan juga boleh dikatakan agak lengkap terutamanya daripada segi bateri dan prestasi. ASUS juga memberi jaminan kemas kini untuk peranti ini dari masa ke semasa. Tambahan pula, sistem ruang storan yang menyokong kad microSD juga boleh memberi pengguna ruang simpanan fail yang lebih besar.

Bagi anda yang inginkan peranti untuk bermain permainan mudah alih tetapi dalam masa sama ingin jimatkan poket, kami sarankan anda untuk mendapatkan peranti ini. Sebenarnya tidak banyak peranti di luar sana yang menawarkan spesifikasi seperti ZenFone Max Pro (M2) ini, jika ada harganya juga agak tinggi. Jadi boleh kami katakan telefon pintar ini yang terbaik!

Legasi ASUS ZenFone Max…

 

________________________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here