Rekaan Penuh Samsung Galaxy S10 & S10+ Kini Tertiris Di Internet?!

420
**********

Galaxy S10 kelihatan menjadi sebuah telefon pintar keluaran Samsung yang paling menarik pada ketika ini. Meskipun belum diperkenalkan secara rasmi namun terlalu sarat maklumat yang tertiris mengenai telefon pintar ini mula bertebaran di media sosial.

Terbaru, muncul pula berita ketirisan mengenai reka bentuk penuh dan dimensi telefon pintar tersebut. Memetik sumber, Galaxy S10 bakal dilancarkan dalam beberapa versi iaitu asas (Galaxy S10), Plus (Galaxy S10+) dan Lite (Galaxy S10 Lite).

Samssung Galaxy S10 & S10+

Galaxy S10+ akan menjadi yang terbesar dalam kumpulan tersebut dengan paparan skrin bersaiz 6.4 inci bersama panel AMOLED dan berukuran di 157.7 x 75 x 7.8mm. Ia dijangka membawakan resolusi Quad HD+ dan nisbah aspek 19: 9. Selain itu, ia juga mempunyai lekuk bujur yang agak besar pada paparan skrin yang menempatkan dua kamera hadapan. S10+ turut bakal dilengkapi dengan sokongan sitem tri-kamera utama pada bahagian belakang.

Reka Bentuk Dan Dimensi

Galaxy S10 pula dijangka hadir dengan rekaan lubang kecil pada paparan skrin hadapan (Infinity-O) bersaiz 6.1 inci bersama panel AMOLED dan berukuran 148.9 x 70.9 x 7.8mm. Sama seperti model S10+, ia juga dijangka membawakan resolusi Quad HD+ , nisbah aspek 19:9 dan sokongan sistem tiga kamera utama. Tetapi, S10 hanya membawakan satu kamera swafoto.

Paparan

Galaxy 10 Lite dijangka ‘tiba’ dengan rekaan skrin bersaiz 5.8 inci bersama panel AMOLED rata biasa dengan reka bentuk Infinity Display. S10 Lite bakal mempunyai dua kamera pada bahagian belakang dan kamera swafoto tersedia pada bezel atas paparan skrin. Sumber turut mendakwa, ianya bakal menyokong nisbah aspek 18:5:9.

Kamera

Seperti biasa, maklumat tersebut hanyalah ‘rumors’ sahaja dan belum dapat dipastikan kebenarannya. Apapun, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak daripada pihak Samsung.

[SUMBER], [SUMBER1]

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here