Rekaan Fizikal Asus Zenfone Max M2 & Max Pro M2 Tertiris Di Internet

577
**********

Seperti sedia maklum, ASUS telah mengumumkan bakal memperkenalkan telefon pintar Zenfone Max terbaharu mereka pada 11 Disember depan.

Dalam menuju kepada pelancaran rasmi yang tinggal beberapa hari, imej memaparkan reka fizikal untuk peranti pintar berkenaan telah mula tersebar meluas di laman sesawang sekaligus menjadi bualan ramai.

Asus Zenfone Max M2

Berdasarkan gambar tersebut, Asus Zenfone Max M2 hadir dengan rekaan skrin bertakuk bersaiz 6 inci dan dijana oleh pemprosesan Snapdragon 636 yang menjadi tunjang utama kepada telefon pintar ini.

Bagi Asus Zenfone Max Pro M2 pula, ia hadir dengan saiz skrin yang sama tetapi mempunyai takuk yang lebih kecil berbanding Zenfone Max M2. Ia menggunakan rekaan kerangka berasaskan kaca pada panel belakang dan menyokong pemproses Snapdragon 660.

Asus Zenfone Max Pro M2

Asus juga dikatakan bakal menyertakan bateri berkapasiti besar, 5000 mAh untuk peranti terbaharu ini. Adakah maklumat ini benar? Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

[SUMBER]

_____________________________________________________________

Artikel berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here