Realme Malaysia Kini Menawarkan Bantuan Perkhidmatan Selepas Jualan

721
- Iklan -

Dengan hanya satu klik di laman web rasmi Realme, pengguna Realme boleh mengetemui pusat servis yang bertauliah dengan mudah

Realme Malaysia telah menawarkan bantuan selepas jualan yang menyeluruh kepada pengguna mereka melalui laman web rasmi, hanya satu klik dan anda boleh mencari pusat servis di Malaysia. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghantar e-mel, membuat panggilan, atau berhubung melalui laman media sosial serta laman e-dagang yang berkenaan.

Pengguna Realme boleh menghantar e-mel, membuat panggilan, atau berhubung melalui laman media sosial serta platform e-dagang yang berkenaan, atau mengunjungi mana-mana 21 pusat servis bertauliah untuk bantuan yang menyeluruh

Dengan penawaran bantuan yang menyeluruh, Realme berharap ia akan dapat memperkukuhkan kepercayaan dalam kalangan pengguna terhadap produk mereka, serta dapat memastikan pelanggan yang sedia ada memperoleh penjagaan yang sebaiknya.

Bermula hari ini, pengguna Realme boleh mendapatkan bantuan melalui cara seperti berikut:

  • E-mel my@realme.com
  • Panggilan Talian: 1800 818018 (9:00 pagi – 6:00 petang / Setiap hari kecuali Ahad & Cuti Umum)
  • Kunjungi mana-mana 21 pusat servis (LOKASI)
  • Laman rasmi Facebook & Instagram, serta platform e-dagang yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan selepas jualan.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here