Pujian Menggunung Bagi Peranti Realme 2 Pro

532
**********


Keterujaan terhadap peranti Realme 2 Pro pastinya membuatkan pengguna ternanti-nanti untuk mencuba sendiri peranti ini yang mempunyai spesifikasi yang berada di kelas yang tersendiri.

Sejak dari tahun 11 November 2018 di Malaysia, keterujaan ini dapat dilihat apabila 2500 uni terjual dalam hanya 3 jam sahaja di Shopee dan telah menerima maklum balas yang positif daripada pengguna.

Realme 2 Pro disertakan dengan paparan skrin 6.3 inci dengan nisbah skrin ke badan sehingga 90.8% sementara di bahagian belakang yang dilengkapi dengan 15-layer laminated technology yang memberikan bukan hanya perasan telus, tetapi selesa untuk dipegang. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE (Artificial Intelligence Engine).

Pelbagai pujian telah diterima oleh peranti ini disebabkan prestasinya yang sangat baik antaranya daripada Mohammad Shahriz Azwa Abdul Razi, 21 tahun, dari Perak

“Oleh kerana Realme 2 Pro dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 660, dan mempunyai reka bentuk skrin titisan embun, saya teruja apabila bermain permainan atau menonton video. Saya sukakan Realme 2 Pro kerana menyediakan spesifikasi hebat termasuk RAM 8GB dan ROM 128GB pada harga yang berpatutan,” katanya.

Sebahagian daripada daya tarikan telefon ini ialah harga mampu milik bagi telefon pintar dengan ciri-ciri cemerlang, terutamanya RAM dan ruang simpanan yang besar – antara faktor utama yang dipertimbangkan oleh Patrick Tie Teck Lian, 36 tahun, dari Kuantan apabila mencari telefon pintar.

“Sebelum membeli Realme 2 Pro di Shopee, saya membaca banyak ulasan positif mengenainya dari pengguna lain. Sejak saya membeli telefon ini, ia masih dikendalikan dengan lancar dan tiada masalah berlaku, terutamanya semasa bermain permainan, tanpa masa susulan atau operasi tergantung. Sudah tentu saya akan memperkenalkan Realme 2 Pro kepada rakan-rakan dan keluarga,” ujarnya.

Kepada sesiapa yang terlepas jualan besar-besar Nevember lalu, mereka boleh melihat Shopee 12.12 Birthday Sale yang memperlihatkan Realme 2 Pro dijual secara eksklusif di Shopee dengan harga bermula RM799.

Tawaran istimewa ketika Shopee 12.12 Birthday Sale termasuklah:

4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga pasaran RM 849)
6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga pasaran RM 949)
8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga pasaran RM 1,099)

Realme 2 Pro akan mula dijual pada tengah malam 12 Disember. Bagi 12.12, akan mendapat coin yang bernilai RM30 bagi setiap pesanan Realme 2 Pro pada 12.12 sahaja yang bersamaan dengan 3000 Shopee Coins.

Layari laman sesawang Shopee  untuk mendapat maklumat lanjut.

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here