Permainan Budak 80~90an – Tamagotchi Bakal Tampil Bersama Pokemon Pada Jan 2019!

1089
**********

Zaman yang tiada permainan mudah alih seperti PUBG Mobile atau MOL, apa yang budak 80~90an main ya? Tentunya Tamagotchi!

Apa itu? Tak pernah dengar pun? Tamagotchi adalah alat permainan digital yang membolehkan anda menjaga haiwan perliharaan, memberi makan, minum, mandi, bermain dan merawat ketika sakit.

Sejak peranti pintar dan permainan mudah alih berkembang pesat, alat permainan ini telah pun semakin diabaikan. Namun kini ada berita baik buat anda yang rindukan permainan ini. Ia bakal tampil semula pada Jan 2019 dengan kolaborasi dengan Pokemon!

Tiga jenis Pokemon iaitu Pikachu, Charmander dan Eevee akan hadir dalam Tamagotchi dan ia hanya dipasarkan untuk pasaran Jepun pada harga ¥2,300 (kira-kira RM86). Adakah ia akan memasuki pasaran Malaysia? Masih tidak diketahui lagi.

_________________________________________

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here