Peranti Vivo Dengan Sokongan Rangkaian 5G Bakal Hadir Pada 2019

323
**********

Kemas kini rangkaian teknologi 5G kini menjadi topik hangat dalam industri teknologi. Ia bukan sahaja keutamaan dalam pembangunan internet mudah alih, malah merupakan ciri yang dituntut pada telefon pintar generasi akan datang.

Sehubungan dengan itu, vivo telah pun memperlihatkan telefon pintar dengan sokongan 5G keluaran mereka pada persidangan International Symposium on ICT Technology yang berlangsung di Beijing, China, baru-baru ini.

Sebagai salah sebuah jenama yang menduduki lima tangga teratas,  peranti vivo dengan sokongan 5G ini dikatakan boleh menyokong beberapa aplikasi menarik dan bakal dilancarkan menjelang tahun 2019.

Tidak ketinggalan, vivo juga dikatakan sedang bekerjasama dengan syarikat peralatan rangkaian untuk membongkarkan peralatan terminal.

Vivo akan mengambil bahagian dalam beberapa ujian seperti IMT-2020 promotion group, ujian terminal dan ujian rangkaian yang dianjurkan oleh pengendali.

_________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here