Pengguna DiGi, Hotlink, Maxis Dan U Mobile Kini Boleh Membuat Pembelian Di Huawei AppGallery

206
**********
Permainan yang boleh dimuat turun melalu Huawei AppGallery

Selain aplikasi Google Play Store, istimewa buat peranti Huawei kerana terdapat aplikasi yang membolehkan mereka memuat turun pelbagai aplikasi, permainan ataupun tema telefon khas iaitu Huawei AppGallery. Lebih menarik, melalui aplikasi ini juga Huawei turut menjanjikan pelbagai ganjaran serta promosi untuk penggunanya.

Huawei AppGallery telah mengumumkan satu lagi perkhidmatan terbaharu untuk pemilik peranti Huawei membuat pembelian dalam aplikasi dengan lebih mudah. Kini pelanggan Digi, Hotlink, Maxis dan U Mobile sudah boleh membuat pembelian dalam aplikasi yang akan terus dicas pada akaun telco yang digunakan.

Aplikasi berbayar boleh terus menggunakan telco tempatan.

Integrasi pembayaran di antara Huawei AppGallery dengan telco tempatan ini bukan sahaja ekosistem yang lebih baik tetapi ia juga dijamin selamat untuk digunakan. Lebih istimewanya setiap pembelian dalam aplikasi di AppGallery Carnival atau Carnival Themes sehingga 31 Disember ini akan turut ditawarkan dengan pelbagai ganjaran, diskaun dan tawaran daripada Lazada, Starbucks dan pelbagai lagi.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here