Pelan Unlimited HERO P139, Barulah Best!!!

334
**********

Syarikat telekomunikasi terkenal, U Mobile, memperkenalkan pelan terbaharu pelan pasca bayar dengan nilai terbaik di pasaran yang dikenali sebagai Unlimited HERO P139 pada harga RM139.

Apa yang menarik, pelan ini memberikan data berkelajuan tinggi tanpa had, penstriman video berdefinisi tanpa had, hotspot 50GB dan 3GB data perantauan percuma di lima buah benua..

Pelan ini turut dipakejkan sekali dengan Roam-Onz yang menawarkan data perantauan 3GB di 12 buah negara seperti Australia,  Hong Kong, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

U Mobile juga menambah pelan pasca bayar itu dengan Roam-Onz Global yang merupakan satu perkhidmatan baharu yang melanjutkan data perantauan 3GB ke 24 buah negara lagi melibatkan 5 buah benua. Ini sekaligus menjadikan data perantauan percuma kepada 36 buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Perancis, Arab Saudi, United Kingdom dan Kanada.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee, Pelan Unlimited HERO P139 adalah contoh terbaik bagaimana syarikat telekomunikasi melangkaui sempadan dan memberikan khidmat terbaik buat pengguna.

“Para pelanggan kami tidak perlu bimbang apabila menstrim rancangan kegemaran mereka dalam format HD dan mereka boleh menggunakan Hotspot tanpa sebarang masalah dengan data sebanyak 50 GB.

“Mereka juga boleh boleh menikmati penerokaan tanpa had menerusi data perantauan percuma di 5 buah benua. Sama ada mereka mengelilingi dunia untuk tujuan kerja, merakam pemandangan di Eiffel Tower atau merentas8 jambatan paling pancang di China, kami percaya Unlimited HERO P139 ialah pelan pasca bayar yang terbaik di pasaran!” Katanya.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here