OPPO Labur RMB 10 Billion Untuk Tujuan Penyelidikan Dan Pembangunan 2019

342
**********


OPPO baru sahaja mengumumkan bahawa akan meperuntukkan RMB 10 Billion ( kira-kira USD 1.43 billion) bagi tujuan R&D bagi tahun hadapan. Perkara tersebut telah diumumkan oleh pengasas dan CEO OPPO, Tony Chen yang diumumkan di Pameran Teknologi OPPO 2018 di Shenzhen.

Dengan peningkatan ini, OPPO akan mengintegrasikan rantaian bekalannya dan membina kepakaran teknikalnya untuk meningkatkan keupayaan teknologi syarikat. OPPO juga akan kelebihan AI untuk membangunkan rankangan peranti pintar termasuklah Smart Watch, Smart Home Technologies dan sebagainya.

OPPO juga akan memberi fokus kepada penghasilan teknologi yang yang kehadapan seperti 5G. Selari dengan misi  menjadi antara syarikat pertama yang melancarkan telefon pintar 5G.

OPPO telah menubuhkan pasukan 5G pada awal tahun 2015 dan memulakan penyelidikan dan pembangunan bagi 5G. Ketika 5G standard di bekukan pada disember 2017, OPPO dengan pantas melabur bagi pembangunan produk 5G memimpin dalam membolehkan interoperabiliti isyarat 5G dan pautan data pada Ogos 2018 sebelum menyedari bahawa sambungan telefon pintar 5G yang pertama pada Oktober lalu.

Dalam pada itu, Tony turut berkata bahawa OOPO pastinya komited dalam menjadi peneraju dalam era 5G, AI dan IOT.

“Kita mesti berani untuk meneroka, berani mengapai kejayaan dan inovasi. PAda masa hadapan, OPPO akan akan menggabungkan sepenuhnya inovasi teknologi dengan seni dan kemanusiaan,untuk membangunkan peranti pintar dan smart homes dengan telefon pintar mereka sebagai teras bagi mengapai jangkaan orang ramai untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Baca juga: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here