OPPO Kini Melesenkan Teknologi VOOC Flash Charge

287
**********

OPPO mengumumkan bahawa mereka secara rasminya telah melesenkan teknologi VOOC Flash Charge (termasuk SuperVOOC Flash Charge). Pengumuman itu dibuat pada acara Hari Terbuka Super VOOC Flash OPPO yang berlangsung di Shanghai, baru-baru ini.

Dengan melesenkan teknologi ini, OPPO akan berusaha memacu pembangunan industri pengisian dan berdedikasi untuk memperluaskan lagi kelebihan VOOC Flash Charge bagi menyediakan pengalaman pengecasan pantas yang unggul buat semua pengguna.

OPPO juga melesenkan VOOC kepada rakan industrinya secara adil tanpa diskriminasi. Mereka kini telah membenarkan enam pengeluar rakan kongsi untuk menghasilkan dan menjual cip serta aksesori yang menyokong VOOC Flash Charge.

Pada masa sama, mereka juga merancang mengembangkan lesen supaya rakan industrinya dapat mengembangkan lebih banyak produk sekligus memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

SuperVOOC mewakili inovasi utama dalam kedua-dua perisian dan teknologi perkakasan. Malah, OPPO dilihat bannyak menghabiskan R & D bagi membangunkan teras teknologi ini. Super VOOC Flash Charge telah menyaksikan peningkatan berterusan sejak MWC 2016 dan ia berpuncak dengan Find X dan R17 Pro –  boleh mengecas penuh dalam hanya 35 minit!

Flash VOOC Charge juga telah disahkan oleh pihak berkuasa keselamatan antarabangsa – di mana teknologi ini juga mendapat pensijilan TÜV Rheinland Gernany dengan 1,000 ujian percubaan, 600 ujian cepat dan ujian plug 10,000 panas pada terminal pengecasan.

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here