NEX Dual Display Edition, Revolusi Terbaharu Dari vivo

Vivo sekali lagi mengumumkan peningkatan siri flagship terkini mereka iaitu NEX Dual pada majlis pelancaran di Shanghai, China baru-baru ini. Dibina pada premium line-up, NEX Dual Display Edition menawarkan rekaan dwi skrin yang memberikan pengalaman menggunakan telefon pintar pelbagai fungsi.

Dengan tetapan tiga kamera yang maju dan peneraju industri teknologi, NEX Dual Display Edition pastinya mengambarkan penemuan yang berinovasi sama ada dari aspek rekaan dan prestasi.

Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia dilengkapi dengan paparan 6.39 inci Super AMOLED Ultra Fullview dengan nisbah skrin ke kerangka 91.63%, menjanjikan pengalaman tontonan yang menakjubkan tanpa takuk.

Selain skrin utama, sebenarnya ia juga disertakan dengan paparan kedua bersaiz 5.49 inci Super AMOLED pada bahagian belakang. NEX Dual Display Edition pastinya berjaya memberikan pengalaman yang lain daripada yang lain dengan fleksibiliti menggunakan kamera di bahagian hadapan.

Apa yang menariknya lagi, ia turut menambah elemen futuristik yang mana ia disertakan dengan Lunar Ring pada paparan bahagian belakang yang menghasilkan warna menarik yang boleh memaparkan notifikasi dan bergerak selari dengan muzik.

Dari aspek kamera pula, tetapan 3 kamera NEX Dual Display Edition mengandungi 12MP dwi piksel pada kamera utama (disertakan dengan Sony IMX363 sensor dan 4 paksi OIS), dan peranti ini dikhususkan untuk kamera video malam dan innovative Time of Flight (TOF) 3D Camera.

3 kamera ini merupakan kombinasi yang sempurna untuk merakam momen-momen indah dan mengambil gambar swafoto dari pelbagai sudut. Pro-level Night Video Camera membantu pengguna merakam video yang lebih jelas dan stabil dari segi pergerakkan dan persekitaran low light, sementara TOF 3D Camera memberikan perspektif yang baharu kepada pengguna.

Keupayaan 3D sensing bukan hanya mengukur jarak dari point ke point tetapi juga menyokong 3D modeling bagi muka pengguna untuk mempertingkatkan pengecaman wajah, perlindungan dan pengindahan yang abadi.

Bagi menambah keseronokan kepada pengguna, Vivo telah menghasilkan mode kamera yang berinovatif untuk NEX Dual Display Edition seperti Mirror Mode dan Pose Director. Mirror mode membenarkan pengguna melihat diri mereka pada paparan di bahagian belakang ketika sedang dirakam.

Sementara Pose Director pula boleh menunjukkan pose yang boleh ditiru atau dijadikan sebagai rujukan. Disertakan dengan kamera mode lain seperti AI Scene Recognition, AI Filter dan AI Potrait Framing bersama dengan diffusion lighting daripada Selfie Softlight sebagai sebahagian daripada Lunar Ring pastinya merakam imej yang sempurna.

Selain itu, NEX Dual Display Edition disertakan dengan Qualcomm Snapdragon 845 octa-core processor dan didatangkan dengan 10GB RAM dan 128GB ROM, pastinya memberikan prestasi yang mengagumkan dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah.

Disertakan sekali dengan In-Display Fingerprint Scanning technology, dan TOF 3D Camera bersama 3D sensing technology untuk mempertingkat perlindungan pengecaman wajah, NEX Dual Display Edition pastinya memberikan langkah untuk unlock peranti dengan pantas pada kedua-dua paparan.

Baca juga: 

You might also like