Lazada 11.11 Dan 12.12 Pecah Rekod Dengan 1.3 Billion Kunjungan

638
**********

 

Firma eCommerce terkemuka Asia Tenggara, Lazada terus mengorak langkah memecah rekod dengan menarik sejumlah 1.3 bilion kunjungan ke platformnya semasa festival 11.11 dan 12.12 membeli-belah.

Semuanya bermula ketika Lazada 11.11 (November 11), dan diteruskan sehingga Disember. Selepas memecah rekod jualan atas talian 11.11 di 6 buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melangkau jangkaan. Ketika 12.12 negara-negara tersebut mencatat lebih tinggi iaitu 30 kali lebih daripada nilai biasa mereka.

Buat julung kalinya, Lazada last-mile delivery yang merentasi Asia Tenggara mampu untuk menghantar lebih daripada 1 juta parsel setiap hari. Bagi menghadapi waktu kemuncak bagi permintaan pada tahun ini. 100+ rakan logistik Lazada termasuklah pembekal kiriman pihak ketiga, yang mempertingkatkan servis penghantaran bagi memastikan barangan tiba di tangan penggan dengan pantas.

Lazada juga menyewa tiga pesawat untuk menghantar lebih daripada 200 tan bungkusan kepada pembeli di Indonesia, Filipina dan Thailand pada musim cuti.

Ketika jualan akhir tahun Lazada 12.12, pembeli mengambil kesempatan dari 55 juta tawaran dan diskaun eksklusif dalam 3 hari yang bertemakan: Jualan terbaik 2018 (10 Disember 2018), Holiday Shopping Finale (11 December 2018) dan Pilihan Lazada (12 December 2018).

Jenama paling popular yang berjaya memasuki Top Brand Leaderboard termasuklah maybeline, Samsung, Pampers, MamyPoko, and Converse. Turut menjadi bualan dalam kalangan pembeli wanita ialah kategori fesyen, kesihatan dan kecantikan yang mana ia meningkat lebih dari 3 kali ganda dari tahun ke tahun.

Tahun ini, Lazada memperkuatkan hubungan dengan penjual sambil membina pengalaman membeli-belah jangka panjang yang lebih baik untuk pengguna melalui hiburan, keseronokkan dan interaksi di seluruh Asia Tenggara. Sorotan utama pada tahun 2018 termasuklah: Memperkenalkan Langkah-langkah persahabatan dengan Penjual baharu, Melancarkan Super Brand Day, Melancarkan LazMall ketika 9.9 Extravaganza dan Bertekad untuk melahirkan kira-kira 8 juta PKS dan usahawan yang berjaya menjelang 2030.

Lazada mengambil peluang untuk mengubah semula pengalaman membeli belah melalui hiburan, keseronokkan dan interaksi . Memperkenalkan aplikasi permainan baharu seperti Wonderland , Slash It, Shake It untuk pembeli berseronok ketika melayari , mengumpul baucer dan pembelian. Kebanyakkan negara turut memperkenalkan ciri terbaharu seperti aplikasi livestreaming untuk membenarkan penjual berhubung dengan lebih baik terhadap pembeli dan servis imbas, cari dan beli supaya pembeli boleh mengimbas, cari dan membeli barangan di Lazada.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Lazada dan Facebook Rasmi Lazada .

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here