[ Khabar Angin ] Sony Kembali Dengan Kejutan Besar: Xperia Play 2?!

1718
**********
Sony Xperia Play

Baru-baru ini terdapat ura-ura mengatakan Sony akan membuat kemunculan semula pada tahun hadapan, dengan memperkenalkan peranti permainan mudah alih terbaru iaitu Sony Xperia Play 2.

Gambar acah

Pasaran peranti pintar masa kini semakin mengutamakan prestasi permainan mudah alih, selain cipset dan kamera yang unggul. Menurut khabar angin, Xperia Play 2 akan dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 855 di bawah keupayaan storan 12GB RAM dan 128GB ROM.

Gambar acah

Kebelakangan ini peranti flagship Sony turut hadir dengan sokongan Remote Play, yang mana ia menggunakan rangkaian untuk menjadikan peranti sebagai skrin PS4. Memandangkan Sony akan menghentikan konsol permainan mudah alih PSV tahun depan, serta pelancaran rangkaian 5G pada tahun depan, kemunculan model ini tentu akan mendapat banyak penambahbaikan.

Peminat permainan mudah alih, boleh bersiap sedia menyambut ketibaan peranti ini sekiranya ura-ura ini menjadi kenyataan.

____________________________________________

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here