Kesempurnaan Pada Acer Chromebook Spin 13 – Berharga RM3,599

181
**********

Peranti yang ditunggu-tunggu oleh peminat Acer, Acer Chromebook Spin 13 kini telah tiba menemui peminat di pasaran. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-8250U generasi ke-8. Ia turut didatangkan dengan memori 8GB LPDDR3 dan storan dalaman eMMC sehingga 64GB yang mana merupakan chromebook pertama menggunakan pemproses Intel Core Generasi ke-8 di dunia.

Dari segi rekaan luaran, komputer riba ini dibina dengan kerangka aluminium yang kukuh dan bergaya untuk menambahbaik aspek ketahanan serta mengurangkan lenturan. Pad sesentuh Corning Gorilla Glass pula menawarkan navigasi yang lancar ketika melayari Internet dan menggunakan aplikasi.

Peranti yang boleh ubah sehingga 360 darjah ini boleh digunakan sebagai sebuah tablet, komputer riba, paparan ataupun dalam mode Tent. Sentuhan pada paparan QHD bersaiz 13.5 inci dengan resolusi 2256 x 1504 piksel sangat lancar dan dioptimumkan menerusi reka bentuk selak dua tork 360 darjah yang mana telah dipaternkan oleh Acer.

Turut hadir pen Stylus Wacom yang boleh digunakan untuk melakar, menulis nota dan berinteraksi dengan program-program dan aplikasi.  Hujung pen ini adalah bersifat elastomer yang memberikan ketepatan dan pengalaman menulis yang semulajadi. Apa yang pasti, ia mudah untuk disimpan di dalam slot peranti bagi mengelakkannya hilang.

Dalam pada itu, ia turut menyokong sepenuhnya aplikasi Android melalui Google Play agar pengguna boleh mengakses aplikasi Chrome dan lebih dua juta aplikasi Android bagi tujuan produktiviti, ketersambungan dan keseronokan.

Kepada yang berminat, Acer Chromebook Spin 13 boleh dibeli mulai HARI INI berharga RM3,599 dan disemua kedai jualan rasmi Acer dan penjual Acer terpilih.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here