JomStudi – Pembelajaran Digital Hasil Kerjasama Astro, Digi Dan Media Prima

196
**********

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), dan Media Prima Berhad (Media Prima) telah menjalin kerjasama untuk memperkenalkan JomStudi.

Ia sebuah hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan yang berkualiti untuk ditawarkan kepada para pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Bakal dilancarkan pada bulan Januari 2019, JomStudi dapat diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja untuk mendapatkan kandungan pendidikan berkualiti.

Buku teks pembelajaran sekarang yang boleh dikatakan agak tebal.

Ditawarkan oleh Tutor TV dari Astro dan FullAMark dari Media Prima, platform ini akan dibangunkan oleh Digi. Tutor TV bertujuan untuk mendidik para pelajar di Malaysia dengan semua kandungan sukatan pelajaran sekolah.

Sementara itu, FullAMark pula merupakan sebuah portal pembelajaran dalam talian yang memberikan pelajar akses kepada pelbagai latihan ulang kaji berdasarkan empat (4) subjek teras UPSR, PT3 dan SPM. Tidak pula diberitahu ianya ditawarkan secara percuma ataupun berbayar. Sama-sama kita tunggu Januari 2019 nanti!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here