HUAWEI Nova 4 Rasmi – Rekaan Skrin Berlubang, Kirin 970, Kamera 48MP

640
**********

Akhirnya peranti terbaharu keluaran HUAWEI yang paling ditunggu-tunggu iaitu HUAWEI Nova 4 telah pun diperkenalkan secara rasmi.

Telefon pintar ini hadir dengan rekaan lubang kecil pada paparan skrin hadapan yang ditempatkan pada bucu atas sebelah kiri sekaligus menjadikannya peranti pertama HUAWEI yang menyokong paparan tersebut.

Nova 4 menawarkan paparan skrin berukuran 6.4 inci bersama resolusi 2310 x 1080 piksel. Ianya dijana oleh pemproses Kirin 970 dan diselitkan dengan memori sehingga 8GB RAM beserta storan dalaman sehingga 128GB. (Tidak mempunyai slot microSD).

Ia hadir dengan dua versi iaitu asas dan premium – kedua-duanya menyokong sistem tri-kamera utama. Bagi model premium, ia dilengkapi kombinasi sensor 48MP (f/1.8) + 16MP (f/2.2) lensa ultra lebar dan  sensor kedalaman 2MP. Untuk versi asas pula, ia hadir dengan kombinasi sensor 20MP (f/1.8) + 16MP (f/2.2) lensa ultra lebar dan sensor kedalaman 2MP.

Kedua-dua versi dilengkapi dengan kamera hadapan sebesar 25MP (f/2.0) yang ditempatkan pada bahagian skrin berlubang. Melengkapinya juga adalah pengimbas cap jari pada panel belakang, pengecasan pantas 18W melalui USB Type-C dan bateri berkapasiti 3,750 mAh.

Tersedia dalam empat warna berbeza iaitu hitam, merah, biru dan putih kini Nova 4 ditawarkan di pasaran China pada harga berikut :

  • RMB3,099 (kira-kira RM1,879) untuk versi asas
  • RMB3,399 (kira-kira RM2,057) untuk versi premium

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here