Huawei Nova 4 Bakal ‘Tampil’ Pada 17 Disember Ini

372
**********

Sebelum ini heboh dalam media sosial berita mengenai Huawei dikatakan bakal membawa pewaris baharu dalam siri ‘Nova’ yang dikenali sebagai Huawei Nova 4 – peranti pertama Huawei yang menyokong paparan Infinity-O.

[Ura-Ura] Reka Bentuk Fizikal Huawei Nova 4

Kali ini, Huawei sekali lagi menghangatkan keadaan apabila mendedahkan bahawa Nova 4 bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan ini (Disember). Memetik poster acah yang tersebar meluas di media sosial, Huawei dikatakan bakal memperkenalkan telefon pintar tersebut pada 17 Disember kelak.

Menurut sumber, Nova 4 bakal hadir dengan rekaan telefon pintar bersama luban kecil di sudut atas kiri pada paparan skrin yang menempatkan kamera hadapan. Ianya juga dijangka dikuasakan oleh pemproses Kirin 980.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

[SUMBER], [SUMBER 1]

_____________________________________________________________

Artikel berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here