**********

Musim percutian kini menjelang tiba dan pastinya anda akan mencari-cari hadiah yang sesuai diberikan kepada insan yang tersayang. Apa lagi yang perlu diberikan kepada insan yang tersayang melainkan telefon yang mempunyai spesifikasi yang dekat di hati dan kehidupan anda iaitu Huawei nova 3i.

Kamera pastinya merupakan antara aspek penting dalam pemilihan telefon yang pastinya penting dalam kehidupan seharian. Kamera pada peranti pintar itu perlulah menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh insan tersayang bagi membolehkan ia digunakan dan memudahkan kehidupan mereka. Apa yang pasti momen-momen indah bersama insan tersayang sepanjang musim percutian ini dapat di rakam dengan imej yang mempersonakan.

 

Swafoto Terindah Merakam Momen Abadi

Apa yang istimewanya, insan tersayang anda pastinya ingin merakam gambar swafoto yang menarik untuk disimpan sebagai kenangan sehingga ke akhir hayat. Justeru gambar perlulah mempunyai kualiti yang terbaik.

Itu boleh kita peroleh menerusi telefon Huawei nova 3i ini apabila ia dilengkapi dengan kamera 24MP + 2MP, pastinya boleh merakam momen indah tersebut kerana dengan gambar yang lebih natural.

Bagi mewarnai imej swafoto tersebut, ia dilengkapi sebanyak 8 scenario boleh dikenalpasti melalui kamera swafoto ini, termasuk Blue sky, Plant, Night, Flower, Beach, Room, Snow dan Stage.

Ia turut disertakan dengan AI + HDR Pro yang mana gambar swafoto lebih sempurna dengan adanya teknologi AI + HDR Pro, kerana teknologi ini akan mengenalpasti pencahayaan di sekeliling anda sekaligus melaras warna yang paling tepat. Pastinya insan tersayang anda akan kelihatan lebih cantik ketika melakukan swafoto dan mengembirakan hati mereka.

 

Imej Terbaik Dari Kamera Belakang

Bukan hanya kamera hadapan sahaja yang akan mengembirakan hati insan yang tersayang, tetapi kamera belakang juga akan memberikan keriangan buat mereka kerana ia diserikan dengan dwi lensa 16MP + 2MP ini juga sangat istimewa.

Sebanyak 22 scenario boleh dikenalpasti menjadikan nova 3i ini antara peranti dalam kelas pertengahan yang sungguh bagus.

Lebih istimewa, sokongan Master AI sentiasa menjanjikan penggambaran sama ada AI Bokeh untuk potret atau AI Assisted Composition untuk gambar dalam kumpulan boleh diambil dengan sempurna seperti peranti flagship.

Contoh Hasil Gambar:

 

Kecomelan Pada Effect Kamera Mencuit Hati

Gambar yang dirakam pastinya akan lebih mencuit hati insan tersayang anda sekiranya menggunakan effect yang terdapat pada peranti ini. AR Lens Effect dan 3D Qmoji pastinya boleh menghiburkan insan tersayang anda.

Ini boleh dicapai dengan Huawei nova 3i kerana ia disertakan dengan Effect ini. Menerusi AR Lens Effect ini, pengguna dapat mengguna objek 3D yang disertakan di dalamnya. Turut dilengkapi dengan 3D Qmoji yang boleh membuatkan insan tersayang tertawa sendirian dan sentiasa gembira sepanjang hari ketika mengguna telefon ini.

Rakaman video mereka juga tidak akan suram apabila latar belakang yang menarik boleh ditambah ketika menggunakan AR Lens. Anda pastinya akan rasa bahagia jika melihat insan tersayang anda sentiasa tersenyum dan gembira apabila menggunakan telefon ini.

Di sebalik spesifikasi peranti yang unggul ini, harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi. Huawei nova 3i ini dijual pada harga RM1,099 yang mana tidak akan membebankan anda.

Disertakan sekali dengan storan sehingga 128GB dan pilihan warna yang banyak seperti Iris Purple, Hitam dan putih akan menarik perhatian insan tersayang anda, seterusnya menjadikan kehidupan lebih indah jika ditemani dengan Huawei Nova 3i.

Kini anda boleh beli Huawei nova 3i di Huawei Online Store.

**Advertorial dari Huawei Malaysia

 

Unboxing Huawei nova 3i ↓↓↓

____________________________________________

Artikel Menarik:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here