HONOR V20 Kini Rasmi – Hadir Dengan Kirin 980, GPU Turbo 2.0 & Kamera Utama 48MP + 3D ToF

1650

Selepas beberapa minggu berita ketirisan tersebar meluas, HONOR akhirnya secara rasmi telah pun memperkenalkan peranti baru mereka iaitu HONOR V20 pada acara pelancaran yang berlangsung di China, hari ini.

HONOR V20 membawakan paparan berukuran 6.4 inci FHD+ bersama resolusi 2310 x 1080. Peranti ini mempunyai lubang kecil pada sudut kiri atas skrin hadapan untuk kamera swafoto sekaligus menjadikannya peranti pertama HONOR yang menyokong paparan tersebut.

Ianya dijana oleh pemproses Kirin 980 menggunakan Dual NPU baru yang mana menjanjikan prestasi lebih baik berbanding Kirin 970 dari segi CPU dan GPU. Selain itu, ia juga diselitkan dengan memori sehingga 8GB RAM dan dilengkapi oleh GPU Turbo 2.0 serta The Nine Liquid System di bahagian dalam bagi pengalaman yang lebih baik.

Dari segi sistem operasi,  telefon pintar ini menjalankan sistem operasi Android 9.0 Pie bersama antara muka Magic UI 2.0 untuk versi China. Tetapi, dijangka dioperasikan dengan EMUI 9.0 untuk versi global.

Dari segi kamera, telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera belakang 48MP dengan sensor Sony IMX586 pada lensa utama dan terdapat juga kamera ToF – digunakan untuk pengimbasan wajah 3D. Selain itu, ia juga didatangkan kamera swafoto 25MP.

HONOR turut memperkenalkan teknologi baru dalam V20 dikenali sebagai Link Turbo – ciri di mana secara automatik beralih antara 4G dan Wi-Fi di samping boleh menggabungkan kedua-duanya untuk sambungan terbaik.

Melengkapinya, adalah bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui port pengecasan USB-C. Tersedia dalam beberapa warna berbeza iaitu merah, biru dan hitam, model ini ditawarkan di pasaran China pada harga berikut :

  • RMB2,999 (kira-kira RM1,814) untuk versi 6GB + 128GB
  • RMB3,499 (kira-kira RM2,116) untuk versi 8GB + 128GB
  • RMB3,999 (kira-kira RM2,419) untuk versi Moschino 8GB + 256GB

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :