HONOR Band 4 Bakal Masuk Ke Pasaran Tempatan Pada Januari Depan

1148
**********

Seiring dengan pelancaran HONOR 10 Lite di pasaran tempatan, HONOR turut bakal memperkenalkan gelang tangan pintar yang dikenali sebagai HONOR Band 4 pada 8 Januari depan. Gelang tangan pintar ini bakal hadir dengan dua versi dikenali sebagai Honor Band 4 dan Honor Band 4 Running.

Honor Band 4

Honor Band 4 dilengkapi dengan 0.95 inci skrin AMOLED bersama monitor degupan jantung menggunakan TruSeen 3.0 dan pemantau waktu tidur TruSleep. Dilengkapi dengan sokongan kalis air pada kedalaman air sedalam 50 meter (5 ATM).

Lebih menarik, gelang tangan pintar ini turut menawarkan ketahanan bateri yang agak panjang dan boleh dijadikan alat kawalan jauh untuk mengambil gambar. Di samping itu, Honor Band 4 turut berfungsi untuk ‘pencari’ lokasi telefon pintar anda (sesuai bagi mereka yang sering lupa di mana letaknya telefon).

Honor Band 4 Running

Honor Band 4 Running memiliki rekaan agak menarik apabila ia boleh digunakan dengan melekatkan pada kasut. Gelang pintar ini lebih berfokuskan kepada aspek larian – dilengkapi dengan sensor 6 paksi bagi kebolehan mengesan larian dengan lebih tepat.

Memiliki paparan skrin bersaiz 0.5 inci bersama panel OLED dan menjanjikan ketahanan bateri agak panjang iaitu sehingga 21 hari. Bagi masa pengecasan pula, dikatakan mengambil masa kurang daripada 100 minit untuk pengecasan penuh.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here