HONOR 10 Lite Dijual Secara Rasmi Pada 9 Januari Depan, Bermula Jam 10 Pagi

743
- Iklan -

Kehangatan makin terasa, debaran makin kencang! Seperti sedia maklum, HONOR bakal memperkenalkan peranti terbaru mereka iaitu HONOR 10 Lite ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan iaitu 8 Januari 2019.

Pada kali ini, HONOR sekali lagi membawakan berita gembira dengan memaklumkan model tersebut akan dijual secara rasmi pada 9 Januari 2019 bermula jam 10 pagi menerusi gedung beli belah atas talian, HiHonor dan Lazada!

Pembelian yang dibuat pada hari sama, akan berhak untuk penghantaran ekspress – menerima peranti pada hari yang sama! Pun begitu, pembelian  harus dibuat sebelum jam 1 petang dan terhad kepada penghantaran di Lembah Klang sahaja.

Bagi yang bertanya soal harga, tawaran harga untuk pasaran tempatan masih kekal menjadi tanda tanya. Jadi, sama-sama kita tunggu dan stay tuned dengan eRing okay!

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here