Berita Baik! HONOR 10 Lite Bakal ‘Gegarkan’ Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi!

460
**********

Segala teka teki kini sudah terjawab apabila hari ini HONOR mengesahkan bahawa telefon terbaharu keluaran mereka iaitu HONOR 10 Lite bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Bagi peminat setia jenama HONOR, telefon pintar ini merupakan peranti kelas pertengahan yang membawakan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Ia dilengkapi kamera hadapan dengan resolusi 24MP (berteknologi AI Camera) di mana menjanjikan pengalaman selfie yang sempurna dan tiada tandingannya.

Sebelum ini, ia telah dilancarkan di China dengan menawarkan paparan berukuran 6.21 inci IPS LCD FHD+ bersama resolusi 2280 x 1080 piksel.  Ianya dijana oleh cip pemproses HiSilicon Kirin 710 dan menggunakan sistem operasi EMUI 9 berasaskan Android 9 Pie.

[BACA JUGA]Honor 10 Lite Rasmi – Dijana Kirin 710, Sokong GPU Turbo 2.0

Bagaimana sehingga kini HONOR masih lagi berteka teki mengenai tarikh kemasukan peranti tersebut ke pasaran Malaysia. Apapun sama-sama kita tunggu update selanjutnya daripada HONOR!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here