HONOR 10 Lite Bakal Bertemu Pengguna Tempatan Pada 8 Januari Depan

563

Selepas puas berteka-teki dengan para peminat dan media, HONOR Malaysia akhirnya mengumumkan bahawa peranti pintar terbaharu keluaran mereka iaitu HONOR 10 Lite akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan iaitu 8 Januari 2019!

HONOR 10 Lite merupakan peranti yang menggunakan sistem operasi EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie. Ia membawakan rekaan skrin bertakuk kecil pada saiz 6.21 inci dengan resolusi FHD+ bersama nisbah aspek 19:5:9. Paparan telefon pintar ini menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 90%.

Honor 10 Lite dilihat tidak jauh berbeza dengan Honor 8X, dijana oleh cip pemproses HiSilicon Kirin 710 dan diselitkan memori sehingga 6GB RAM serta storan sehingga 128GB . Ia turut disokong oleh GPU Turbo bagi membantu mengoptimumkan pengalaman permainan yang terbaik. Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 3,400 mAh (melalui port micro USB).

Dari segi kamera, HONOR 10 Lite dilengkapi dengan dwi kamera utama yang menggabungkan lensa 13MP+2MP, di samping 24MP kamera hadapan dan pastinya turut dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pun begitu, harga penawaran untuk pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya dan kekal rahsia. Jadi, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak! Tidak mustahil HONOR ada kejutan yang istimewa buat semua peminatnya! Jeng, Jeng, Jeng..Nantikan!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here