GrabFood Kemas Kini Aplikasi, Penuhi Hasrat Pengguna Dengan Tawaran Lebih Mengiurkan!

260
**********

Grab sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi baharu mereka yang dikenali sebagai GrabFood – aplikasi yang menghubungkan pengguna ke aplikasi asal untuk tujuan memesan penghantaran makanan.

Dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya, GrabFood telah mengemas kini lagi aplikasinya dengan pelbagai penambahbaikan dan tawaran hebat yang pasti mengiurkan!

GrabFood telah menggandakan jumlah peniaga dalam aplikasinya yang mana bukan sahaja melebihi sasaran malah dikatakan setanding dengan perkhidmatan penghantaran makanan lain di pasaran. Antaranya seperti Village Park Nasi Lemak, Rojak & Cendol Mustaffa (SS17), Soong Kee Beef Ball Noodles, Baskin Robbins, Texas Chicken dan Coffee Bean & Tea Leaf.

Gambar Sekadar Hiasan

GrabFood juga telah melancarkan sebilangan kempen menarik seperti ‘People Pick’, “Bubble Tea Week,” ‘PastaDay’ dan ‘MurukkuCariku di samping memperkenalkan beberapa kedai makanan terbaru di aplikasinya.

Tidak terhenti di situ, mereka juga baru sahaja memulakan kempen baru yang dikenali sebagai “McNonald’s McNuggets” – pengguna boleh mendapatkan 4 keping ayam McNuggets secara percuma dengan setiap pesanan hidangan McValue.

Gambar Sekadar Hiasan

Dengan lebih banyak gerai F&B di platform, ini bermakna GrabFood telah memperluaskan bilangan rakan kongsinya sekaligus dapat melayani kawasan perkhidmatan dengan lebih luas.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here