Dapatkan Jemputan Istimewa Ke “Huawei Christmas Night” Pada 20 Disember Ini

906
- Iklan -

Sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia, Huawei bakal menganjurkan jamuan makan malam istimewa, Huawei Christmas Night pada 20 Disember depan bertempat di Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Kuala Lumpur bersempena meraikan musim perayaan krismas yang bakal menjelang.

Pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang jamuan tersebut. Tetamu jemputan juga bakal merasai sendiri pengalaman mewah di samping menerima pelbagai idea dan perkongsian dengan menyertai kelas menarik seperti, ‘Caviar Masterclass’ dan ‘Beauty Workshop’.

Di samping itu, tetamu yang hadir juga bakal menerima cenderahati istimewa di samping peluang memenangi pelbagai hadiah cabutah bertuah yang menarik sumbangan daripada rakan niaga Huawei seperti Aerocentric, Palm Garden Golf Club, Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Sheraton Imperial Kuala Lumpur, dan Viu.

Berminat? Bagi mendapatkan jemputan eksklusif ke makan malam mewah tersebut, Huawei akan memilih tetamu bertuah berdasarkan salah satu daripada penyertaan berikut :

  • Huawei Snowy Christmas Photo Challenge – Ambil gambar di lokasi utama salji menggunakan mana-mana peranti Huawei dan kongsikan di media sosial. 10 pemenang bertuah akan memenangi tiket eksklusif ke Huawei Christmas Night. Berita lanjut, DI SINI.
  • Huawei VIP – Anda memiliki mana-mana peranti siri Mate 20, siri P20, Nova 3 dan Nova 3i? Jika ya, pastikan anda muat turun aplikasi Huawei VIP dan daftar. Pengguna paling kerap menggunakan aplikasi ini berpeluang untuk menjadi yang bertuah ke jamuan eksklusif tersebut.
  • Huawei AppGallery – Pengguna hanya perlu membuat pembelian dan muat turun mana-mana aplikasi sehingga 14 Disember untuk menjadi antara 10 yang BERTUAH!

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here